Tarikan Terbaru Di Hong Kong, Monopoly Dreams Bakal Merealisasikan Impian Anda





Kalau waktu kecil ataupun mungkin sekarang ni korang ada berangan-angan nak miliki tanah di New York, Park Place dan lain-lain kawasan seluruh dunia ibarat bermain permainan Monopoly, korang pasti teruja dengan tarikan terbaru yang bakal dibuka di Hong Kong ini.

Monopoly Dreams, tarikan terbaru yang diinspirasikan oleh boardgame popular Monopoly bakal membawa pengunjung ke’alam’ Monopoly seluas 20,000 kaki persegi. Tarikan berbentuk rumah agam ini akan menempatkan elemen-elemen ikonik permainan tersebut termasuklah sel penjara, lapangan terbang termasuklah kad ‘chance’ dan ‘opportunity’.

Konsepnya mudah, pengunjung akan diberikan tugas sebagai pelawat sambil membantu menyelesaikan sebuah misteri dimana berlian Mr. Monopoly cuba dibawa lari. Sepanjang permainan berlangsung, teknologi pancaran interaktif 4D dan augumented reality bakal digunakan untuk memberikan pengalaman realistik.

Tarikan ini bakal dibuka pada Jun 2019 dan terletak di The Peak, salah satu destinasi ikonik dan simbolik kepada versi Monopoly disana. Selain daripada permainan tersebut, pengunjung berpeluang untuk membeli cendera mata dan snek yang bertemakan Monopoly di sana.

Nota Editor : Mungkin misi dia macam Escape Room, tapi tema dia Monopoly kot. Berasa lah jugak nak main Monopoly saiz sebenar ni. Tak sabar nak tunggu Jun!

 

Image courtesy of | Monopoly Dream HK | Travel & Leisure 

5 TIPS BERCUTI KE HONG KONG

PANDUAN TRAVEL KE HONG KONG UNTUK MUSLIM

33 TEMPAT MENARIK DI HONG KONG