Teringin Bergambar Macam Di ‘Salar De Uyuni, Bolivia’, Jom Pi Kuala Selangor!

TARIKAN
February 27, 2019 - 12:57 PM


Siapa sangka kat negara kita pun ada spot dengan view menakjubkan macam Shallow Lake di Iceland, tempat di mana Shah Rukh Khan dan Kajol lari-lari berpelukan dalam klip video Gerua.

Kalau korang tak percaya, boleh singgah pi Sky Mirror di Kuala Selangor.

Sky Mirror ini sebenarnya dasar laut timbul di permukaan air untuk selama beberapa jam akibat fenomena air surut.

Ia turut disamakan dengan Salar De Uyuni, sebuah tanah lapang berupa garam rata yang luas dan terletak di Bolivia. Kawasannya mempunyai refleksi seakan-akan pantulan cermin.

Untuk ke sini, mula-mula korang kena cari Jeti Pekan Lama Kuala Selangor untuk naik bot ke beting pasir yang menghadap Selat Melaka dengan bayaran RM80 untuk dewasa, RM60 kanak-kanak dan RM100 bagi pelancong asing.

Tempoh perjalanan ke beting pasir Sky Mirror tu ambil masa antara 45 hingga sejam jugalah bergantung pada keadaan pasang surut air laut.

Sebaik je turun dari bot, korang dah boleh start cari port paling best untuk bergambar.

Ramai yang cadangkan korang pilih spot yang nampak permukaan air, biar senang dapat effect pantulan cermin tu, baru superb gambar nak post kat Instagram! Hehehe....

Memandangkan kawasan tu ala-ala cermin, better korang pakai baju yang berwarna terang atau bawa props yang berwarna-warni, biar nampak menyerlah sikit dalam gambar.

Pada siapa yang tak reti nak ambil gambar menarik, korang jangan risau sebab ada tour guide yang boleh ambilkan gambar korang. 

Yang penting korang booking dulu trip korang secara online di www.skymirrorworld.com.

So, enjoy gais!

Destination: 
;