Tidur Ditemani Kucing Di Hostel Neko Hatago, Osaka

July 29, 2021 - 04:08 PM


Peminat-peminat kucing boleh lah datang ke Osaka lepas PKP!

Tak pelik kalau bukan Jepun dengan keunikan mereka tersendiri. Jepun ni bukan setakat ada peradaban mereka yang tinggi, malah ada lagi banyak perkara unik melibatkan kucing seperti pulau penuh dengan kucing, kucing sebagai pengawal stesen malah ada hostel kucing. 

Di Osaka sangat terkenak dengan menyediakan pelbagai servis dan dan hostel, dan terdapat hostel menggunakan perkhidmatan kucing kepada tetamu.

Neko Hatago adalah sebuah hostel yang mempunyai sebuah kafe kucing iaitu Neko Yokujo membolehkan pelanggan bermain dengan kucing sambil menikmati secawan kopi. Hostel itu dibuka pada Disember 2019 dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik ketika menginap di situ.

Antara keunikan di hostel itu ialah:

1. Tidur ditemani kucing comel

Tetamu boleh bermain dengan kucing-kucing di situ sambil menginap di hostel dan ditemani mereka. Neko Hatago dan Neko Yokujo diuruskan oleh Neko Republic iaitu sebuah badan kebajikan yang menyelamatkan haiwan jalanan.

Bilik tetamu dan bilik diasing dengan satu cermin lutsinar. Sebelum tidur tu, boleh lah jenguk kucing sekejap kat tingkap, mungkin tenang sikit hati lepas tengok kucing comel.

2. Kafe kucing

Neko Yokujo adalah tempat perlindungan kucing jalanan yang diselamatkan. Kafe ini tidak hanya terdapat di Osaka, tetapi juga di Tokyo, Hiroshima, Aichi dan beberapa negeri lain di Jepun.

Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati secawan kopi dan makanan kegemaran, tetapi juga bermain dengan kucing yang dibesarkan di sana. Sebenarnya, semua hasil penjualan kafe itu akan digunakan untuk menolong aktiviti menyelamat dan merawat kucing yang diselamatkan.

3. 'Adopt' Kucing

Selain dari boleh bermain dengan kucing, korang juga boleh membuat satu permohonan untuk membawa pulang sebagai haiwan peliharaan dan menjaga dengan lebih baik. Tetapi ada syarat-syaratnya yang perlu diikuti.

Sebagai menjamin keselamatan dan kehidupan kucing di tempat baru, prosedur permohonan ada peringkatnya dan sangat penting. Tapi min tak pasti rakyat Malaysia kalau boleh bawa pulang ke tanah air atau tidak sebab belum ada lagi tetamu Malaysia yang sampai.

Boleh singgah di laman web mereka di:

Website: Neco Republic

Sumber & Kredit Gambar: mStar & Neko Hatago

Destination: