Minuman Apa Yang Sihat Di Waktu Pagi? Ini Antara 4 Jenis Air Yang Sesuai

FOODIE
June 04, 2021 - 06:51 AM


Semalaman korang tidur dengan badan terdedah kepada dehidrasi di sebabkan tidak mengambil apa-apa cecair. jadi sebab itu badan kita berasa lesu bila bangun waktu pagi. Pentingnya minum air masak dahulu setelah bangun dari tidur.

Biasa waktu pagi sebelum nak makan breakfast, kita mesti minum kan seperti kopi atau susu serta jus buah-buahan. Ada banyak kajian sebenarnya mengatakan, minuman kopi bukan lah pilihan terbaik di waktu pagi.

Sebaliknya, korang harus cuba mix and match air pilihan di waktu pagi supaya jadi lebih segar. Barulah badan jadi lebih cergas semangat untuk memulakan aktiviti sepanjang hari.

1. Air kosong

 Air paling utama sekali ialah air masak atau air kosong. Ini sangat penting supaya badan kita lebih dehidrasi. Malahan badan juga akan jadi lebih segar.

Minum air kosong waktu pagi sebenarnya memudahkan body kita nak buang air besar. Nak mudah lagi, sebelum korang tidur, isi air kosong dalam botol dan letak siap-siap satu botol air di sebelah katil.

2. Air Lemon

Segarkan badan dan minda anda dengan segelas air lemon atau jus lemon yang kaya dengan vitamin! Rasa masam pasti akan membuat anda lebih celik. Kandungan vitamin C juga membantu meningkatkan stamina anda sepanjang hari.

Bukan itu sahaja, antioksidan dan mineral yang terkandung dalam air lemon membantu membersihkan toksin dari badan supaya anda tidak sakit dengan mudah.

Tips dari min, perah lemon dan letak satu sudu madu dalam air panas. Min dapat dari perkongsian rakan-rakan di Facebook.

3. Teh Tanpa Gula

Teh adalah minuman yang sihat pada waktu pagi yang dapat memberikan banyak faedah sepanjang hari. Badan anda juga lebih segar dan melancarkan pencernaan.

Kali ini cuba buat teh tanpa letak gula ya, baru lah betul sihat.

4. Jus atau smoothie buah-buahan

Jus buah-buahan membantu mengembalikan cecair badan yang hilang. Selain itu, ianya juga menyediakan pelbagai vitamin dan mineral yang anda perlukan sepanjang hari.

Di samping itu, serat yang tinggi dari jus membuatkan anda berasa lebih lama supaya ia membantu mengurangkan keinginan untuk makan banyak.

Anda boleh cuba gabungan beberapa jus buah, atau gabungan jus sayuran yang digabungkan dengan buah kegemaran. Boleh kalau nak tambah yogurt atau susu bagi pekat lagi air. Jangan letak gula dalam jus, kalau boleh ganti dengan madu sebagai pemanis. 

Kalau dah biasa minum air ni semua, tiada masalah untuk minum di waktu pagi. Tak salah nak minum air berkarbonat tapi kurang kan adalah lebih baik sebab kandungan gula sangat tinggi lagi-lagi di waktu pagi. Sekali sekala cuba minum air yang sihat, tak salah kan hehe.

Sumber: Shinkotoni Blog, Cactus Care My(IG)