Sayang Domino’s Pada Rakyat Malaysia Makin Membara Dengan SamaSamaJaga. Hanya RM19 Korang Boleh Enjoy 2 Piza Regular!

FOODIE
September 29, 2021 - 04:22 PM


Jika diimbas kembali perjalanan penularan kes Covid-19 di negara kita, semua bermula dengan jangkitan tempatan pertama pada 23 Januari 2020.

Kemudian kes semakin meningkat dari sehari ke sehari, sehingga kita semua terpaksa hidup dalam norma baharu di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Diam tak diam, sehingga ke hari ini sebenarnya telah hampir 2 tahun kita semua terkurung di rumah dek kerana angkara wabak berbahaya ini. 

Ramai yang dijangkiti Covid-19 dan ada yang kehilangan ahli keluarga atau orang tersayang disebabkan wabak tersebut. Malah tak kurang juga yang mengalami waktu-waktu sukar kerana kehilangan pekerjaan, hilang mata pencarian dan mengalami tekanan hidup.

Ketika rakyat ‘berjuang’ dalam tempoh sukar mereka, petugas barisan hadapan atau frontliners juga ‘bermati-matian’ menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia.

Sebagai penghargaan terhadap jasa frontliners, Domino’s Pizza antara yang terawal memberikan sokongan serta senyuman di wajah para petugas barisan hadapan kita.

Sebagai tanda terima kasih kepada frontliners, Abang dan Kakak Domino’s dengan penuh semangat ingin menyebarkan rasa kasih sayang dan telah menghantar piza kepada mereka melalui kempen Love Our Frontliners.


Kini ketika negara sedang beralih daripada Fasa Pandemik kepada Endemik, giliran rakyat Malaysia pula mengambil peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan mengambil suntikan vaksin sebagai perlindungan diri.

Usaha rakyat Malaysia itu perlu dipuji memandangkan kini kita semakin menghampiri misi untuk mencapai imuniti kelompok atau ‘herd immunity’.

Disebabkan itu, sekali lagi Domino’s Pizza menzahirkan penghargaan dan menyebarkan kasih sayangnya kepada rakyat Malaysia dengan menawarkan promo 2 Regular Pizzas pada harga hanya RM19!

Pada mulanya, promosi menarik ini hanya ditawarkan kepada individu yang telah mengambil suntikan satu atau lengkap 2 dos vaksin -- namun disebabkan sambutan yang luar biasa daripada netizen, promosi tersebut kini diperluaskan kepada semua orang! Sesuai sangat dengan tagline Domino’s, It’s All About You!

Dalam erti kata lain, tak kira siapa pun, semua rakyat Malaysia boleh claim 2 piza saiz regular pada harga RM19! 

Bukan itu je, Domino’s belanja lagi! Kali ini korang boleh juga pesan 2 Large Pizzas pada RM39, dan 2 Xtra Large Pizzas pada RM49! Bukan biasa-biasa offer dorang ni! Domino’s Pizza SamaSamaJaga bagi korang diskaun sehingga 70%! 😱

Tak susah pun, korang pesan je Take Away dari www.dominos.com.my dan pada bahagian Promos & Coupons gunakan kod MEGA19R dan korang boleh nikmati 2 piza saiz regular Domino’s Pizza pada harga RM19! Kalau nak pesan saiz large, gunakan kod MEGA19L, dan MEGA19XL until xtra large!

Musim-musim sekarang ni, walaupun dah banyak kelonggaran diberikan tetapi adalah lebih baik sekiranya kita mengurangkan waktu berada di luar rumah jika tiada sebarang urusan penting. Pesan Take Away dan biar Abang dan Kakak Domino’s tolong settle pesanan korang, jadi korang hanya tinggal nak pick up!

Jom kami tunjuk cara nak pesan Take Away dalam talian, ikut je langkah-langkah ni:

1. Layari www.dominos.com.my dan tekan butang Take Away

2. Masukkan lokasi korang, dan pilih cawangan Domino’s Pizza terdekat untuk korang pergi pick up piza!

3. Masukkan kod MEGA19R di bahagian Promos & Coupons, dan klik REDEEM

  • Untuk 2 pizza biasa pada harga RM19 (4 orang). Masukkan Kod: MEGA19R
  • Untuk 2 pizza besar dengan harga RM39 (6-7 pax). Masukkan Kod: MEGA19L
  • Untuk 2 pizza Xtra Besar dengan harga RM49 (9-10 pax). Masukkan Kod: MEGA19XL

4. Tambahkan 2 pilihan piza pada pesanan anda, dan checkout! 

5. Klik Place Your Order, dan korang boleh bersiap untuk pergi pick up!

6. Pergi ke alamat Domino’s Pizza yang tertera pada resit, ambil pesanan korang daripada Abang atau Kakak Domino’s!

7. Selesai! Korang dah pun jimat RM44.80, sekarang enjoy!

Layari laman sesawang Domino’s Pizza, atau Facebook Domino's Pizza Malaysia untuk maklumat lanjut!