10,000 Burger, 18 Vendor Akan Meriahkan MyTown BurgerFest 2019

FOODIE
July 25, 2019 - 04:29 PM


Kalau anda peminat burger, bersedialah untuk menikmati pelbagai jenis burger di festival burger terbesar di Kuala Lumpur iaitu MyTownBurgerFest2019!

Bakal berlangsung hujung minggu ini di Pusat Beli Belah MyTown, festival ini akan menampilkan lebih daripada 18 buah vendor yang akan menyajikan lebih daripada 10,000 biji burger untuk pengunjung.

Setakat ini; berikut adalah vendor yang telah mengesahkan penyertaan mereka :

  • myBurgerLab
  • Steam N Grill Burger
  • Define:Burgers Bukit Jalil
  • The Burg
  • Mike’s Charbroiled Burgers
  • Mean Mince
  • Mustafa Jones BBQ
  • Aiden Picnic, Fuel Shack
  • The Tokyo Burger
  • Wayback Burgers Malaysia
  • dr Mak Rony Grilled Burger
  • Burger-Mbira
  • GB Vegetarian Burger
  • Sixty Bites
  • The Daily Grind
  • Pampas Burger
  • CockonCoal

Selain daripada makan, pengunjung akan dihiburkan oleh Andi Bernadee dan busker tempatan dan akan berlangsung Burger Championship yang akan diadili oleh Dato’ Fazley, Papi Zak dan Ili Sulaiman pada 28 Julai 2019.

MyTown BurgerFest 2019 :-

Tarikh : 27 & 28 Julai 2019 (Sabtu & Ahad)

Masa : 11 pagi – 10 malam

Tempat : Town Park, MyTown Shopping Centre