Bosan Makan Dekat Restoran? Jom Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah!

MAKAN-MAKAN
August 12, 2020 - 03:36 PM


Bagi warga kota atau yang tinggal di sekitar Selangor dan korang nak mencuba sebuah pengalaman unik dengan makan di dalam sungai -- korang boleh datang ke BBQ Lamb KL Kemensah.

Restoran yang terletak di kawasan Ulu Klang dan betul-betul di belakang Zoo Negara itu menawarkan konsep makan di dalam kawasan sungai sambil kaki korang boleh bermain-main air ala-ala 'back to nature' gitu!

Pengalaman menyeronokkan dapat makan di atas kerusi dan meja yang disusun di dalam sungai itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang bernama Mior Irfann.

Lebih best apabila makanan yang dihidangkan juga sedap dan menepati citarasa serta selera pelanggan.

Menurut Mior, ada beberapa tips yang boleh korang lakukan sebelum berhajat untuk menjamu selera di restoran BBQ Lamb KL Kemensah yang semakin popular di kalangan netizen di media sosial. Antaranya ialah :

1) Pastikan korang membuat tempahan dahulu dengan menghubungi pengurusan restoran di talian 012-211 4100 bagi memastikan korang tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan meja.

2) Jika datang ke sana, korang dinasihatkan untuk memakai selipar crocs atau yang lebih baik yang boleh lock bagi memudahkan korang berjalan di dalam air sungai.

3) Pastikan juga korang mendapat semua sos yang dihidangkan bersama set daging barbeku yang dipesan untuk menambahkan lagi kelazatan hidangan korang dan jangan segan untuk minta tambahan sos jika habis.

4) Jangan risau dengan risiko bahaya jika berlaku kepala air kerana pada waktu hujan atau air deras, pihak pengurusan restoran tidak akan membuka akses untuk makan di dalam sungai.

5) Kebanyakkan menu di sini sedap-sedap belaka hingga diberi rate 4.5/5 dan portion hidangan juga cukup besar untuk dikongsi bersama 4 orang.

Kalau korang ke sini, jangan lupa untuk mencuba set popular mereka iaitu 'Mix Meat Set' di mana ayam, itik, daging dan kambing bakar dihidang dalam satu pinggan.

Set tersebut didatangkan bersama nasi kuning, sup dan juga desert dengan harga RM150 sahaja.

Bagi korang yang tak nak makan daging, korang juga boleh try 'Seafood Set' di mana ada isi ikan Salmon, Soft Shell Crab, Sotong Bakar dan juga Lobster.

Juga dihidang dengan nasi kuning, sup dan juga desert. Set Seafood untuk 4 orang ini berharga RM170 sahaja. 

BBQ LAMB KL KEMENSAH

Alamat : Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi : Dibuka Setiap Hari Dari Pukul 10 Pagi - 7 Malam

No Tel : 012-211 4100

Facebook : Bbq Lamb KL Kemensah

 

Sumber & Kredit Gambar : Mior Irfann

Destination: