Donat Pun Boleh Beli Kat Drive-Thru! Krispy Kreme Buka Cawangan Drive-Thru Pertama Di Rimbayu

FOODIE
June 17, 2021 - 03:42 AM


Dengan keadaan seperti sekarang, dah ramai yang memilih untuk membungkus makanan dengan cara yang lebih selamat, dan kurang bertembung dengan orang lain seperti menggunakan servis penghantaran, ataupun membeli melalui kaunter pandu lalu. 

Di Malaysia, selalunya bila bercakap tentang drive-thru, memang dah biasa kita dengar rantaian fast food akan ada cawangan pandu lalu seperti McDonald's, KFC, dan Starbucks. Tapi, siapa sangka sekarang nak beli donat pun dah boleh pandu lalu? 

Krispy Kreme Doughnuts Malaysia dalam sebuah hantaran Facebook mereka baru-baru ni baru je umum yang lepas ni kalau korang craving donat, dah boleh dapatkan daripada cawangan pandu lalu pertama di Malaysia mereka yang terletak di Bandar Rimbayu. 

Jadi, buat masa ni siapa-siapa yang duduk sekitar kawasan Rimbayu, korang dah boleh dapatkan donat dan minuman daripad Krispy Kreme tanpa perlu keluar daripada kereta! Buat masa PKP sekarang ni, cawangan tersebut akan dibuka dari 8 pagi sampai 8 malam. 

Paling syok, siapa yang dah vaksin, korang boleh tebus 1 donat Original Glazed percuma dengan pembelian minima 1 donat. Tapi, tawaran tersebut hanya sah 14 hari selepas tarikh vaksinasi korang.