Kesom Café – Sajian Masakan Original Dari Kelantan Di Petaling Jaya

FOODIE
June 11, 2018 - 01:45 PM


Segmen makan-makan di Rileklah ni diteruskan semula setelah memberi laluan untuk buffet dan promosi bulan Ramadan.

Untuk kali ni, kitorang nak share satu café atau restoran yang terletak di Aman Suria Damansara, Petaling Jaya yang membawakan jenama mereka sebagai ‘Homemade Kampong Flavours’ dan difahamkan, mereka menggunakan rempah ratus dan bahan-bahan yang diambil terus dari negeri Kelantan.

Kesom Café membawakan pelbagai masakan kampung dan juga masakan signature dari Kelantan seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Ulam dan pelbagai lagi lauk pauk yang sinonim dengan negeri Kelantan.

Apa yang menarik disini selain daripada menu tetap mereka adalah menu istimewa harian ataupun ‘Today Special’. Menu ini sering berubah setiap hari. Ada hari Kak Su (pemilik restoran) akan masak Sambal Petai Ikan Sardin, ada hari beliau masak Ikan Tongkol Masal Assam Pedas dan macam-macam lagi menu yang istimewa.

Tambah Kak Su lagi, jika datang ke kedainya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, terdapat satu menu istimewa daripada Thailand iaitu Nasi “Khao Jam” ataupun Nasi Kerabu Ala-Thai. Herba yang digunakan untuk membuat nasi ini adalah 100% asli dari Kelantan.

Apa yang kami nak highlight disini adalah menu special Kesom Café iaitu Gulai Ikan Raja Berangkat, Nasi Dagang dan kalau pencuci mulut pula, korang kena cuba Bubur Cha-Cha dia.

Untuk minuman pulak, kitorang suggest korang cuba A.P.A (Apa Pun Ada). Literally, semua rasa ada. Masam, Manis tapi sedap! Kalau tak pun, cuba minum air Serai Pandan. Sama ada sejuk atau panas.

So, korang kalau nak cuba try makan masakan homemade asli Kelantan, boleh ke Kesom Café.

Kedai ni dibuka setiap hari pada jam 10.30 pagi - 6.00 petang KECUALI HARI RABU. Rabu Tutup! 

Alamat : F-G-46, Jalan PJU 1/45, Aman Suria Damansara, Petaling Jaya 47301, Selangor.

Kalau nak reserve, boleh call 03-7886 6559

Atau pergi ke Facebook diorang ni…

 

Destination: