Korang Peminat Mangga? Ini 10 Fakta Menarik Tentang Buah Itu Yang Confirm Korang Tak Tahu!

November 22, 2021 - 06:06 PM


Kalau sebut tentang buah-buahan tropika pasti yang terlintas di fikiran kita pelbagai jenis buah eksotik yang berasal dari kawasan beriklim tropika atau subtropika seperti Malaysia.

Kesemua buah-buahan tropika ini sangat lazat, manis dan kaya dengan pelbagai khasiat semulajadi terutama Vitamin C yang baik untuk kulit serta kesihatan diri.

Antara yang menjadi kegemaran pastinya durian, betik, jambu, limau, manggis, nenas, nangka, pisang, rambutan, tembikai dan tak kurang hebat juga buah mangga.

Siapa dekat sini peminat buah mangga? Kalau korang salah seorang penggemar mangga, ini 10 fakta menarik tentang mangga yang korang kena tahu sebelum menikmatinya dalam bentuk buah segar atau hidangan berasaskan mangga yang confirm sedap.

10 FAKTA MENARIK TENTANG MANGGA. KORANG PERNAH TAHU TAK?

1) Negara India merupakan pengeluar utama mangga dunia dengan jumlah pengeluaran kira-kira 15 juta metrik tan setahun atau sekitar 50% daripada pengeluaran mangga dunia.

2) Mangga termahal dan eksklusif di dunia adalah Miyazaki Mangoes Jepun, dari wilayah Miyazaki di Selatan Pulau Kyushu. Buah ini dijual dengan harga terkini RM20,000 untuk dua biji! Ia bersaiz besar, apabila masak kulitnya dari warna ruby yang sangat menarik berubah ke warna merah menyala.

3) Negara kita, Malaysia hanya menanam sekitar 9,500 hektar tanaman mangga dengan pengeluaran tahunan sebanyak 25,000 metrik tan sahaja.

4) Di kalangan negara-negara ASEAN, Thailand merupakan negara yang berjaya menghasilkan mangga yang berkualiti dan mempunyai jumlah pasaran ekspot yang sangat berjaya.

5) Malaysia popular dengan pengeluaran mangga jenis 'Harum Manis' di mana ia telah didaftarkan sebagai Harta Intelek kepada Jabatan Pertanian Negeri Perlis sejak 2 Ogos 2011 lagi.

6) Kebanyakan buah mangga hanya dimakan dalam bentuk buah segar, jeruk, acar dan kerabu di Malaysia. Ini kerana keempat-empat bentuk produk akhir buah mangga ini mudah disediakan, segar & berkhasiat.

7) Buah mangga yang bergred rendah juga dijadikan bahan asas untuk produk lain seperti Buah Segar (Hirisan atau Kiub), Puri (puree) dan juga Pekatan (Concentrate).

8) Minuman jus mangga merupakan satu hidangan yang mesti ada di hotel-hotel bertaraf lima bintang setiap hari sama ada untuk waktu sarapan pagi atau dijadikan sebagai 'Welcome Drink'.

9) Paling menjadi kegemaran rakyat Malaysia kini mereka suka makan pulut bersantan dengan mangga segar terutama mangga varieti Harumanis dan Mangga Cokanan. Rasa manis, lemak, masin dan aromanya yang lazat menyebabkan menu ini popular terutama di Malaysia dan Thailand.

10) Akhir sekali, korang tahu tak yang mangga juga kini muncul sebagai satu variasi sebagai hidangan pencuci mulut dalam bentuk donat atau dipanggil 'Oh Mango!'?

Ya, kalau korang nak cuba betapa sedapnya donat yang diisi buah mangga segar berserta krim mangga yang bakal menambahkan lagi kelazatannya ketika dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan -- korang kena cuba Oh Mango! keluaran terbaharu daripada Big Apple Donuts & Coffee.

Sesekali tukar selera dengan hidangan donat mangga apa salahnya kan...

Menariknya Oh Mango! ini, sebaik gigitan pertama sahaja, hidung korang pasti terhidu aroma buah mangga yang sangat harum baunya dan membuatkan selera semakin terpikat.

Dengan tekstur yang sangat lembut dan berkrim, pasti membuatkan korang susah untuk berhenti dengan hanya sebiji donat, silap-silap sekotak Oh Mango! itu pun korang boleh habiskannya sorang-sorang. Hehehe…

Jadi tunggu apa lagi, cepat dapatkan Oh Mango! versi premium ini sementara stok masih ada.

Korang boleh dapatkannya dengan mengunjungi sendiri kedai rangkaian Big Apple Donuts & Coffee di seluruh negara atau lebih mudah pesan saja secara online di Big Apple Donuts & Coffee dan juga menerusi FoodpandaBeepIt dan Smartbite. 

Kalau anda nak tahu sekarang ini Big Apple Donuts & Coffee sedang mengadakan promosi menarik untuk kesemua jenis donat keluarannya, termasuk donat premium berperisa mangga, Oh Mango! ini.

Antara donat best seller Big Apple yang rugi kalau anda tak rasai adalah seperti Coconana, Hey Nutty, Hunky Chunk, Donutella, Starlight, Oh Hazel dan Misu Choco. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook Big Apple Donuts & Coffee dan Instagram Big Apple Donuts & Coffee.

SELAMAT ENJOY MAKAN DONAT MANGGA KORANG! Yummy.....