Korang Peminat Naruto? Jom Lepak 'Susanoo' Mesti Korang Jatuh Cinta Dengan Hiasan Dalaman & Makanannya!

FOODIE
December 04, 2020 - 02:34 AM


Adakah anda salah seorang daripada peminat siri animasi popular Jepun, Naruto?

Jika ya anda mesti teruja untuk merasai sendiri pengalaman menjamu selera di sebuah restoran Yakitori & Izakaya Jepun yang bertemakan Naruto dan baru sahaja dibuka di Taman OUG, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Ironinya restoran tersebut diberi nama 'Susanoo' yang mengetengahkan reka bentuk dalaman serta hiasan yang unik dan tentu saja menggambarkan Sasuke's Susanoo.

Jika anda peminat setia Naruto pastinya mengetahui bahawa Susanoo adalah sejenis makhluk gergasi yang berpakaian ala samurai dan mempunyai kuasa yang sangat hebat. Ianya hanya boleh dihasilkan jika pengamal dojutsu itu mahir di dalam peringkat tertinggi kuasa Mangekyo Sharingan. 

Inspirasi di sebalik restoran seperti yang dikatakan oleh pasukan Susanoo dari laman Instagram mereka @ susanoo.my mengatakan bahawa bagi mereka 'Susanoo' bermaksud bahawa : pertama, mereka suka bermain dengan api dan kedua kerana menjadi identiti kepada ayam rebus masakan Jepun yang kurang dikenali.

Selain itu, mereka dengan bangga menyebutkan bahawa ayam mereka hanya daripada baka terpilih, sejuk, tidak pernah beku, dibakar atas api dengan arang Binchontan dan diakhiri dengan shio (garam) atau tare (sos).

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Susanoo (@susanoo.my)

Oleh itu, jika anda peminat Sasuke dan mencari restoran yang menghidangkan makanan enak dan mempunyai banyak port yang Intagrammable -- korang wajib kunjungi Susanoo!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hannathediva (@hannathediva)

SUSANOO

ALAMAT: 2A, Jalan Hujan Rahmat 3, Taman Kesatuan Luar Negara, Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur

TIPS WAZE: Jangan ikuti Waze atau Google kerana restoran ini masih ada masalah dari segi pemetaan. Cari saja "Down To Bones". Susanoo terletak 3 pintu di sebelahnya, dengan pintu masuk di lorong sebelah. Ikuti sahaja lampu neon Susanoo ungu yang besar!

WAKTU OPERASI (PKPB) : Isnin - Ahad 6.00 petang - 10.00 malam (DItutup pada hari Khamis)

Destination: