Resepi Durian Goreng, Rangup & Wangi





Sekarang ni kalau dekat luar negara terutama di belah-belah Eropah atau Jepun tengah musim panas.

Tapi, kita kat Malaysia sedang dilanda dengan musim dan demam ‘Raja Buah’!

Mana taknya, sana-sini orang makan durian dan pergi mana-mana pun sepanjang jalan penuh je dengan gerai orang menjual durian, kan. Meriah betul!!

Kalau korang borong banyak sangat durian dan agak bosan nak makan begitu saja atau dibuat serawa durian dan durian crepe, apa kata korang cuba pula buat ‘Durian Goreng’!

Dengar macam pelik dan tak pernah makan kan, tapi rasa durian goreng ni lagi padu beb!

Yela selain ia rangup dikunyah, rasa manis dan lemak-lemak, bau wangi buah durian tu je dah memang menusuk hingga ke kalbu gitu…hahaha!

Cara masak dia pun mudah dan simple je macam kita selalu buat cempedak, pisang atau keledek goreng. Jom tengok resepi durian goreng ni!

BAHAN-BAHAN:

Isi durian (tak perlu buang biji)

Tepung gandum

Tepung beras

Garam & gula secukup rasa

Sedikit serbuk kunyit

Air

Minyak untuk menggoreng

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Campurkan kesemua tepung, sedikit garam, gula dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga adunan sebati dan mendapat kepekatan yang sederhana. Kemudian masukkan isi durian.

3. Pastikan semua isi durian dicelup secara rata dengan adunan tadi.

4. Goreng di dalam minyak yang panas sehingga menjadi kuning keemasan dan garing.

5. Anda sudah sedia untuk menikmati durian goreng yang sedap!

;