Resipi Golden Ball Ala Sushi King, Bahannya Mudah Didapatkan!

FOODIE
June 15, 2021 - 11:05 AM


Pernah makan tak sejenis Golden Ball yang berisi telur digoreng dengan breadcrumb lepas tu atas dia ada crabstick dan mayonis. Ala yang ada kat sushi tu. 

Resipi sangat, bahan-bahan dia juga mudah didapatkan dengan 5 bahan utama ini sahaja.

Pertama sekali bahan untuk telur:

  • 8 biji telur yg telah direbus dan dibuang kulit
  • Serbuk roti (breadcrumbs)
  • Tepung gandum
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam

Cara-cara goreng telur:

  1. Letak serbuk roti, tepung, dan telur dalam mangkuk berasingan, letak garam sedikit dalam serbuk roti.
  2. Salut telur mengikut aturan ini, tepung-telur-tepung-telur-serbuk roti.
  3. Goreng sampai perang keemasan dengan api sederhana.
  4. Dah siap goreng, ketepikan, bagi dia suam sebelum potong.

Bahan untuk topping:

  • 6 batang Immitation crab meat (guna yg panjang, kalau guna yg pendek, ambil 12)
  • 2 sudu besar membukit mayonis (mayonis biasa tu je, nk guna kewpie pun boleh, ikut selera dan budget masing-masing)
  • 1 sudu besar roasted sesame dressing
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa

Cara buat topping:

  1. Rebus beberapa minit crab meat tu, tak lama.
  2. Kemudian carik-carikkan dan potong kecil sahaja supaya mudah letak atas telur yang telah digoreng.
  3. Kemudian campur kan dgn bahan lain, kacau sebati. Siap!

Cara nak hidang:

  1. Potong separuh semua telur yg dah digoreng tadi, pastikan potong dibahagian tengah telur mengereng, bukan tengah menegak seperti telur nasi lemak ya.
  2. Letak topping diatas telur dibahagian yang dipotong tadi, bukan bahagian yg ada breadcrumbs tu ya jangan silap.
  3. Dah siap, boleh lah jamu selera buat korang yang ngidam.

Kredit: Jajjaa Mckenzie (Facebook)