Rindu Makanan Dalam Flight AirAsia? Order Je Value Set Dorang Hanya RM9.90 Di Santan!
FOODIEMemandangkan sekarang ini kita masih belum dibenarkan untuk rentas negeri, apatah lagi jika terbang ke luar negara -- mesti ramai yang dah mula rindu dengan makanan dalam flight, kan?
Bagi korang yang rindu dan teringin untuk menikmati menu popular yang selalu dihidangkan di dalam penerbangan AirAsia seperti Nasi Lemak Pak Nasser, korang boleh mendapatkannya di kesemua cawangan Santan di Lembah Klang dengan tawaran Value Set berharga hanya RM9.90!
Bagi yang ingin mendapatkan harga istimewa itu, korang boleh membuat pembelian makan tengah hari pada pukul 12 tengah hari hingga 3 petang dan 6 petang hingga 9 malam untuk makan malam di kesemua sembilan cawangan Santan.
Santan Value Set dilengkapi dengan satu hidangan utama dan satu minuman serta tersedia untuk makan di restoran, bawa pulang atau penghantaran sehingga 30 April depan.
Sebelum ini, promosi istimewa itu telah dilancarkan pada Februari lalu selama tiga minggu secara eksklusif di Santan, Sunway Pyramid dan ternyata ia mendapat sambutan luar biasa apabila pesanan harian meningkat 100 peratus dengan hampir 2,000 hidangan terjual menerusi 1,200 pesanan.
Berikutan kejayaan itu, Value Set ini turut diperkenalkan di cawangan Santan NU Sentral pada awal bulan Mac.
Sebagai Value Set, Santan terus menawarkan nilai hebat kepada pelanggannya dengan penghantaran percuma melalui AirAsia Food sejauh lima kilometer (km) dari mana-mana cawangannya dengan kod promosi MARCHD3ALS dan hanya RM0.99 sen untuk 5-10km menggunakan kod promosi yang sama.
Tawaran ini penting untuk memberikan nilai yang sama hebat kepada pelanggan yang memilih untuk makan atau memesan dari keselesaan dan keselamatan kediaman mereka.
Untuk pengetahuan korang juga Santan bakal membuka cawangan ke-10 di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur pada bulan ini serta 10 lagi cawangan pada suku kedua tahun ini termasuk di Melaka, Negeri Sembilan, dan Johor.
Sumber: Air Asia