Sea Life Legoland Tawar Pengalaman 'Dine-In' Bawah Air Pertama Di Malaysia!

MAKAN-MAKAN
March 12, 2021 - 06:29 PM


Bermula hari ini (12 Mac) -- Legoland Malaysia Resort di Johor Bahru membuka kembali pintu taman tema tersebut untuk kunjungan orang ramai.

Menariknya, pembukaan semula Legoland kali ini memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai suatu pengalaman istimewa dengan menikmati hidangan enak di bawah air di Sea Life yang beroperasi di taman tema berkenaan.

Dan kalau korang nak tahu, ia merupakan restoran pertama seumpamanya di Malaysia! Menarik, kan!

Lengkap dengan empat hidangan utama, sambil menikmati makanan yang enak bersama keluarga -- pengunjung juga dapat 'menjamu' mata dengan keunikan hidupan di dalam air seperti black tip reef shark dan zebra shark.

Selain 'dine-in', Sea Life juga menawarkan lawatan ke akuarium yang menempatkan lebih 13,000 jenis hidupan laut untuk tatapan pengunjung.

Tempahan untuk merasai pengalaman menarik di Sea Life masih terbuka untuk 13 Mac dan 27 Mac serta 10 April dan 24 April 2020.

Bagi penduduk di negeri Johor, pihak Legoland Resort Malaysia menawarkan pakej menarik 2 hari 1 malam beserta sarapan dengan harga RM499.

Sementara itu, Hotel Legoland juga sudah mulai dibuka kepada orang ramai sejak 11 Mac lalu dengan mengikut garis panduan dikeluarkan kerajaan seperti protokol kesihatan, kebersihan dan keselamatan di premis berkenaan.

Sumber: Mstar

 

 

Destination: 
Artikel berkaitan