Smiling Buffalo, Langkawi - Kafe Cool Nak Layan Kopi & Sarapan Sepanjang Hari

FOODIE
January 21, 2022 - 05:42 PM


Sekiranya bercuti di Pula Langkawi, anda tidak seharusnya melepaskan peluang untuk singgah di cafe hipster, Smiling Buffalo.

Terletak di Kuala Cenang, Langkawi, Smiling Buffalo in boleh dikatakan antara cafe paling cool kami jumpa di sana.

Tidak hanya tertumpu kepada cafe semata-mata, Smiling Buffalo juga merupakan butik chalet yang mampu memberikan kepuasan kepada and yang inginkan ketenangan.

Dengan struktur rekaan yang unik, taman tropika yang subur dan suasana santai pasti ada akan berasa tenang. 

Ditambah pula dengan makanan yang lazat dan minuman yang enak, pasti memberikan 'good mood' sebelum memulakan perjalanan menerokan Pula Langkawi.

Antara makanan yang memikat hati kami adalah Smoked Salmon, Tomato Poached Egg, Mango Waffle, Iced Coffee dan Iced Cappucino Piaw.

Bagi kami, Smoked Salmon dan Tomato Poached Egg memang terbaik! Puas hati! Memang tak menyesal.

Namun hidangan lain juga tidak kurang enaknya, dengan kuantiti makanan yang agak banyak memang sangat berbaloi.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri keeanakan makanan di Smilling Buffalo.

Oh! Kepada yang kaki bergambar, tempat ini juga pasti membuatkan anda terpegun! Percayalah, mesti tak menyesal.

Sumber: Gempak

Destination: