Suasana Fine-Dining, Diubah Menjadi Bazar Di Bazar Perdana Restoran The 39, PNB Perdana
FOODIEKalau sebelum ini kami ada kongsikan suasana meriah Bufet ‘Bazaar Ramadan’ di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park yang diadakan di salah sebuah restoran di hotel tersebut iaitu Restoran Binjai 10.
Rupa-rupanya, bukan Restoran Binjai 10 sahaja yang membawakan kelainan kerana sebuah lagi restoran yang turut berada di hotel berkenaan adalah Restoran The 39 yang turut membawakan tema Bazar Perdana.
Apa yang membezakan The 39 dan Binjai 10 adalah, Di Restoran The 39, konsepnya adalah suasana fine-dining. Memang suasana yang unik dimana ia ibarat bazar yang diadakan di suatu tempat yang sangat eksklusif.
Selain daripada suasana yang meriah dan menarik, terdapat beberapa signature dish yang ditampilkan oleh The 39 Restoran tahun ini. Antara yang menjadi perhatian adalah Kari Kepala Ikan, Sup Gearbox, Kambing Golek, Sushi dan pelbagai lagi juadah yang semestinya menyelerakan.
Dari segi status, tidak perlu risau sebab PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur ini telah diiktiraf dan mendapat sijil halal daripada JAKIM sejak tahun 2007 lagi.
Kemudahan Surau yang selesa dan luas juga disediakan di tingkat 5 untuk kemudahan pengunjung untuk menunaikan solat maghrib dan juga tarawih.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh ke www.pnbperdanaonthepark.com atau hubungi talian 03-74903939
Restoran 39
Harga : RM135.00 Seorang
Lokasi : Restoran The 39, 39th floor, 10 Jalan Binjai, 50450
Waze : PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, naik lif ke lobby, kendian naik lagi ke tingkat 39.
Nota Editor : Sekali sekala bawa keluarga makan di hotel hujung minggu pun okay jugak, sebagai 'reward' untuk anak-anak yang dah berpuasa ke, nak 'belanja' isteri-isteri ke... =D