'Potong Piza Pakai Parang' - Grass Stream Kitchen Tempat Makan Viral Terbaharu Di Melaka!

FOODIE
January 08, 2023 - 11:39 PM


Kalau sebut tentang tempat makan di Melaka, mana yang tak sedap atau tak viral sampai orang kena beratur panjang setiap kali nak menjamu selera?

Itulah penangan Melaka yang terkenal sebagai salah satu destinasi jalan-jalan cari makan yang sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Terbaharu korang tahu tak yang Melaka kini sedang 'diserbu' dek kerana 'Piza Parang'!

Kalau korang nak tahu 'Piza Parang' ini sebenarnya adalah sebuah tempat makan di mana piza yang dihidang akan dipotong menggunakan sebilah parang panjang oleh pekerjanya yang memakai topeng lanun. 

Tempat makan menarik itu adalah "Grass Stream Kitchen" yang terletak di KM14, Jalan Kg Paya Rumput, Melaka.

Grass Stream Kitchen yang mengetengahkan konsep 'The Best Pizza In Town' menjadi viral apabila seorang pengguna TikTok @ownertengahhealing2022 telah berkongsi sebuah video yang memaparkan aksi pekerja kedai tersebut yang bertindak mendebarkan membawa piza dan parang panjang sebelum dilihat memotong piza berkenaan di hadapan pelanggan.

Aksi pekerja tersebut yang dilihat santai serta bersahaja ketika memotong piza telah meraih perhatian netizen terutama penggemar hidangan barat itu.

Lebih membuatkan ramai terhibur dengan video berkenaan adalah apabila pekerja berkenaan berseloroh mengatakan jika pelanggan tidak bayar mereka pasti akan dikejar dengan parang.

@ownertengahhealing2022

Parang bukan sebarang parang 🤣 Pizza parang Melaka , paya rumput 📍Grass street kitchen

♬ Parado no Bailão - MC L da Vinte & MC Gury

Bukan sahaja berjaya menarik perhatian pelanggan menerusi keunikan presentation piza, malah piza di Grass Stream Kitchen juga turut dipuji sedap dan lazat kerana rotinya yang rangup dan bahan-bahan yang digunakan sangat banyak dan segar-segar belaka.

Lebih menarik apabila piza di situ juga dibakar dalam oven batu yang menambahkan lagi keenakan rasanya.

Selain piza, Grass Stream Kitchen turut menawarkan menu menu western fusion dan menu western teloh melayu seperti Laksa Singapura, piza daging salai lemak cili padi, roasted chicken wings, shepherd's pie dan banyak lagi.  

Kalau korang nak terjah kedai makan Grass Stream Kitchen ini, ia dibuka setiap hari Rabu hingga Ahad sahaja, dari jam 6 petang hingga tengah malam.

Bagi sebarang pertanyaan korang boleh usha Facebook dorang di Grass Stream Kitchen atau hubungi nombor 011-1649 2496

Destination: