"Satu Set Alat Sekolah" - Bapa Tersasul Ketika Nikahkan Anak

TERKINI
October 30, 2023 - 11:34 AM


Kebiasaannya ketika majlis pernikahan, perasaan gementar selalunya dirasai oleh pasangan pengantin. Manakan tidak, majlis yang dirancang itu perlulah berjalah dengan lancar. Tetapi dalam satu kejadian di Indonesia baru-baru ini, kelihatan bapa pengantin yang nervous sehingga tersasul. 

Dalam video yang dimuatnaik di TikTok, bapa pengantin perempuan itu dilihat sedang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki pilihannya.

Namun, bapa pengantin tersebut tersasul menyebut satu set alat sekolah sebagai mas kahwin anaknya itu, sedangkan mas kahwin yang sebenar ialah satu set alat solat.

 

@kurirgunung

Pakde ki anake malah dikon sekolah meneh 😅😅

♬ suara asli - CokNan

“Saudara Chandra Bachtiar. Saya kahwinkan kamu dengan anak saya, Tria Anawati dengan mas kahwin satu set alat sekolah. Eh, solat,” kata bapa pengantin perempuan.

Kesilapan bapa pengantin perempuan itu membuatkan saksi dan tetamu yang hadir ketawa, malahan pengantin sendiri tergelak kerana terhibur dengan gelagat bapa pengantin yang tersalah sebut mas kahwin.

Bila tengok bakal bapa mertua tersasul, mesti pengantin lelaki tersebut kurang nervous sebab dia sendiri pun gelak.

Kredit: Lobak Merah

Sumber: TikTok @kurirgunung

Destination: