9 Tempat Menarik Percutian 4 Hari 3 Malam di Medan Dan Lake Toba

TRAVEL
February 13, 2024 - 04:38 PM


Percutian ke Medan dan Lake Toba selama 4 hari 3 malam. Penerbangan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa lebih kurang satu jam sahaja. Masa ni kalau korang ada ambil makanan dalam pesawat kami sarankan makan cepat-cepat sebab korang ada masa berapa minit sahaja untuk habiskan nasi lemak pak naser tu. Tak perlu nak beli kopi bagai sebab korang tak kan sempat pun nak minum. 

Setibanya kami di lapangan terbang Medan Kuala Namu, kami dijemput oleh wakil Figo Tour & Travel untuk terus ke Parapat. Airport ni masih baru lagi dan sangat canggih yer. Tak sangka airport ini lebih menarik dari sesetengah airport negeri kat Malaysia. Bukan nak banding tetapi itulah hakikatnya. 

Kebiasaannya trip lebih murah jika tidak menggunakan travel agent, tetapi di Medan korang perlu ambil travel agent sebab lebih murah dan perjalanan jauh yang akan memenatkan jika nak memandu sendiri, lagipun jalan kat sini bahaya kalau tak biasa. Kalau tak percaya cubalah buat kira-kira sendiri. Sewa kereta sahaja dah berapa. Jadi anda boleh ambil pakej dengan Figo Tour & Travel yang cukup berpengalaman dan antara termurah. Ada banyak pakej boleh pilih. 

Perjalanan dari Medan ke Parapat mengambil masa lebih kurang 4 jam di mana kami dihiburkan oleh pemandu pelancong Rafli dan pembantunya dengan segala info-info dan cerita tentang isu semasa terutama keadaan politik di Indonesia. Bolehlah buat hilang mengantuk. 

Dalam perjalanan kami singgah makan tengah hari, solat, Kedai Paten (kedai menjual kacang tumbuk dan makanan khas siantar. Selain itu, kami juga berpeluang untuk merasa Lemang Kaya. Ada banyak sepanjang perjalanan ke Parapat. Korang cubalah ye!

Setelah 4 jam perjalanan akhirnya kami sampai di Hotel Patra. Sampai pun dah petang, kami habiskan masa rehat kat hotel layan pemandangan Tasik Toba dan berenang dalam air yang sejuk. Hotel ini kalau dijaga dengan baik memang best. Bahagian lobby mungkin tengah ubahsuai kot. Bilik ok tetapi kolam renang sangat out di dasar kolam berlumut gila rasa macam ada gorgon dalam tu. Gelongsor yang tinggi tu pun tak dijaga bila naik rasa bergoyang macam nak runtuh sangat tak selamat. Makan malam di sekitar hotel sahaja. Ada beberapa pilihan.

Hari kedua baru bermulanya trip kami. Antara tempat-tempat wisata di Medan yang boleh anda singgah jika berkunjung ke sini. Berikut kami senaraikan 9 tempat menarik untuk anda. 

1. Pulau Samosir, Perkampungan Tomok

Tasik Toba sangat terkenal dengan kaum Batak. Orang-orang kita faham orang Batak ni makan orang. Oh tidak ya. Mereka pun sama seperti kita. Lagipun suara orang Batak sangat sedap tak caya tengok Judika. Selamber jer tarik lagu tinggi-tinggi. 

Nak ke Pulau Samosir korang boleh naik feri dalam sejam juga, tambang kalau ambil pakej Figo Tour & Travel korang dah tak perlu risau sebab termasuk dalam pakej yang ditawarkan. Sepanjang atas feri korang layanlah keindahan Tasik Toba. Sangat cantik dengan berangin. 

Sampai di Pulau Samosir korang boleh pergi Perkampungan Tomok. Boleh lihat kehidupan kaun Batak Toba dan cuba tarian Si Gale-Gale. Sebelum pulang boleh shopping sikit kat sana. Kena pandai tawar menawar sebab kalau tak korang kena makan hidup-hidup. Kata orang untung sabut timbul lebih kurang macam tu lah. 

2. Simarjarunjung, Bukit Indah

Seterusnya kami singgah sebentar melihat keindahan dari atas bukit indah. Tempat ni agak popular saatu ketika dahulu sebelum pendamik. Banyak spot-spot menarik untuk bergambar. Kat sinilah kalau nak bergambarr macam atas pokok, naik basikal atas awan dan macam-macam lagi. Tetapi sayangnya tempat ini juga tidak dijaga dengan baik. Banyak spot-spot yang terbiar. Agak kecewa juga sebab nak bergambar kena bayar tetapi tempat tak terjaga. 

3. Tongging Village Hall

 

Disebabkan agak kecewa dengan Simarjarunjung, pemandu pelancong kami cuba menggantikan pemandangan di Tongging Village Hall. Nasib baik cantik kat sini walaupun bergambar tepi jalan je. Kalau ada masa nak juga turun sampai ke bawah. Kat sini kami menikmati hidangan makan tengahari lobster berlatarbelakang view seakan New Zealand. Tempat ni berdekatan sahaja dengan destinasi seterusnya Air Terrjun Sipiso-Piso.

4. Air Terjun Sipiso-Piso

 

Air terjun ni kira macam tempat wajib pergi. Sebelum ke Medan lagi kami memang dan rancang macam-macam sudut untuk bergambar bagi rasa berbaloi datang sini. Kalau ada drone korang bawa lah. Mesti gambar lagi meletup. Nak ke air terjun ni ada beberapa peringkat, jika korang tergolong dalam kalangan acik-acik korang layanlah dari atas sahaja. Pemandangan pun cantik juga. Kalau larat boleh turun sampai ke kafe. Kat situ pun ada beberapa spot untuk bergambar.

Kalau hardcore macam kami kononnya turunlah sampai ke bawah. Hanya ambil masa 30 minit sahaja. Sampai kat bawah boleh tanggal kasut, sila bawa selipar dan baju lebih sebab nanti korang akan basah dengan percikan dari air terjun walaupun jarak yang jauh. Pakai selipar untuk ke kaki air terjun sebab jalan kat bawah berlumpur. Air sangat deras sampai nak bernafas pun susah kalau betul-betul berada dekat. Habis bergambar masalah sampai apabila nak naik ke atas. Memang betul setengah mati untuk sampai ke atas. Satu jam jugalah kami merangkak naik sampai matahari pun terbenam. 

Hari kedua kami bermalam dekat Hotel Green Garden Berastagi. Keadaan hotel yang tak terurus dapat dikaburkan dengan penat lelah hiking ke air terjun tadi. Balik sahaja lepas makan kami terus terbongkang dalam bilik. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih. Layan bola Piala Asia Malaysia menentang Bahrain kalah pulak. 

5. Bukit Gundaling

Hari ketiga kami mulakan dengan menikmati permandangan Gunung Sibayak yang menghijau dan Gunung Sinabung yang juga merupakan Gunung Merapi yang masih lagi aktif. Kat sini juga banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Boleh naik kuda pusing-pusing dan ada beberapa spot bergambar. 

 

6. Pasar Buah Berastagi

Sebelum meninggalkan Berastagi kami sempat singgah di Pasar Buah. Pasar ni dekat je dengan Bukit Gundaling. Boleh singgah beli macam-macam buah tempatan. Nak beli sekadarr untuk makan kat sini boleh lah, nak bawa balik rasanya dilarang naik pesawat kalau buah buahan ni. 

7. Ladang Strawberry

Dalam perjalan balik Medan kami singgah sebentar ladang Strawberry, saja lah nak tengok kan, boleh masuk petik buah macam dekat Cameron Highland. Harga pun murah kat sini cuma masa kami pergi buah tak banyak. Pilihan lain mungkin korang boleh tukar planning ke ladang teh. 

8. Masjid Raya

Perjalan balik ke Medan dalam tiga jam. Sampai petang kami singgah massage sekejap bagi lega segala urat tulang besi dan terus check in di Hotel. Hotel ketiga lupa pula nama sebab toilet hotel ni boleh buat gaduh terus lupa nama hotel. Disebabkan trip kami last minute jadi ini sahajalah hotel yang available. 

Bersebelahan hotel terletaknya Masjid terbesar kat Medan iaitu Masjid Raya. Memang gah betul dari luar tetapi sayang kami dilarang masuk oleh penjaga pintu mungkin wajah kami tak sesuci lebaran. Berfikiran positif itu perlu kadang-kadang. Di tempat orang kita tak boleh bawa kebodohan ya. Sebenarnya Masjid Raya ni memang dibuka untuk pelancong dan boleh je masuk tetapi kena bayar sedekah agak mahal juga lah sampai 50 ribu. 

9. Istana Maimoon

 

Akhir sekali sebelum terbang pulang bawa segala memori indah kami singgah di Istana Maimoon. Menurut cerita pemandu pelancong kami Rafli, waris Raja ni masih lagi ada dan tinggal di Medan. 

10. Tempat-Tempat Yang Kami Tak Singgah 

Ada banyak lagi tempat cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan jadi terpaksalah kami skip. Antaranya Merdeka Walk, Pasar Malam terbesar Medan, Kebun Limau, kedai kain dan telekung, pajak ikan dan banyak lagi lah. 

Dengan itu berakhirlah trip kami bertiga di Medan dan Danau Toba. Antara trip yang happy ending sebenarnya. 

Jika berminat untuk ke Medan dan Danau Toba boleh lah buat tempahan dengan Figo Tour & Travel!

Maklumat Lanjut 

Instagram Figo Tour & Travel atau hubungi Pak Yudi (+62 821 6825 6952)

Harga Pakej

[4 - 10 Pax]

  • 3 Hari 2 Malam - RM500
  • 4 Hari 3 Malam - RM600
  • 5 Hari 4 Malam - RM800

[30 Pax - FOC 1 Pax]

  • 3 Hari 2 Malam - RM470
  • 4 Hari 3 Malam - RM550
  • 5 Hari 4 Malam - RM770

[3 Pax]

  • 3 Hari 2 Malam - RM670
  • 4 Hari 3 Malam - RM750
  • 5 Hari 4 Malam - RM880

[2 Pax]

  • 3 Hari 2 Malam - RM870
  • 4 Hari 3 Malam - RM950
  • 5 Hari 4 Malam - RM1150

 

Destination: