Jelajah "Kota Fantasi MinNature" Yang Tersembunyi di Kuala Lumpur

July 24, 2017 - 09:12 AM


Sebagai seorang traveler, menjejalah dunia merupakan salah satu keutamaan yang perlu di realisasikan. Namun kekekangan masa dan keewangan membuatkan impian ini seakan susah untuk di gapai. Tapi tak mengapa kita masih lagi boleh menjelajah dunia fantasi ciptaan diri sendiri.

Tak perlu pergi jauh-jauh tak perlu bayar mahal-mahal. Segalanya ada di Subang Jaya. Di gelar kota fantasi MinNature Malaysia merupakan salah satu tarikah terbaru di Malaysia.

MinNature juga merupakan pameran model kereta api terbesar di Asia. Mula di buka pada 20 November 2016 ianya sudah mula menggemparkan dunia peminat miniature. Ia juga berjaya menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke Subang Jaya.

Terletak di Level 4 Summit USJ Shopping Complex, Subang Jay, MinNature Malaysia berkeluasan sehingga 17,000 km per segi dan menjadi daya tarikah terbaru di Subang Jaya.

MinNature Malaysia dibahagikan kepada 8 kategori di Malaysia antaranya pemandangan kampung, pelabuhan dan juga dataran. Selain itu, ada juga kawasan yang menampilkan kawasan fantasi di Eropah dan selatan Amarika.

Bagi mereka yang sukakan aktiviti seperti tressure hunt korang jangan lepaskan untuk mencari pelbagai watak-watak superhero dan animasi di dalam seluruh MinNature ini. Antara watak-watak yang ada termasukkan, Iron Man, Incredible Hulk, Doraemon, Wolverine, Minions, Kung Fu Panda dan banyak lagi.

Selain menjadi daya tarikan terbaru, MinNature juga boleh menguji pengetahuan geografi anak-anak korang. Banyak pengetahuan tentang tempat-tempat di Malaysia yang kita boleh pelajari. Ala-ala subjet kajian tempatan gitu. Memang seronok.

Untuk peminat photography pasti akan seronok untuk mengambil setiap model2 miniature kat sini. Aku pun hampir dua jam ambil gambar sahaja.

Jadi apa lagi. Jom terokai bandar fantasi yang tersembunyi di Subang Jaya.

LADANG TENUSU TANAH TINGGI

Inspirasi untuk ladang tenusu tanah tinggi ini di ambil dari Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang yang terletak di Gunung Kinabalu. Lembu-lembu dariladang ini adalah daripada baka lembu Holstein Friesian yang merupakan baka lembu pengeluaran tertinggi di dunia. Ladang ini terletak lebih daripada 1500m di atas paras laut.

KAMPUNG MINNATURE

Kampung MinNature terdiri daripada suasana yang dapat dijumpai di kampung-kampung seluruh Malaysia. Jika anda dekatkan diri dengan model-model pameran korang akan dapat dengar bunyi-bunyi ayam (bukan lagu I Am Me Dato Vida ok) dan lembu. Tak lama lagi mereka mungkin akan bina semua jenis kampung-kampung yang ada di malaysia.

LADANG KELAPA SAWIT

Malaysia merupakan pengeluar minyak kelapa sawit kedua terbesar di dunia. Pada awal 1870an, kerajaan british telah membawa masuk pokok kelapa sawit untuk di jadikan pokok hiasan dan pada tahun 1960an, minyak kelapa sawit menjadi salah satu industri yang berkembang pesat di Malaysia. Di MinNature ada hmapir 1,200 pokok kelapa sawit dan telah membina satu kilang minyak kapasiti tinggi malangnya ia tidak boleh proses minyak.

STESEN ANGKASA ANTARABANGSA

Satelit terbesar di orbit dan structure yang paling mahal di bina oleh manusia. Saiz satelit ini begitu besar sampai ia kelihatan dengan mata kasar. ISS fungsi sebagai makmal pneyelidikan dan kajian untuk persekitaran angkasa dan penerokaan angkasa lepas. ISS mengelilingi bumi sebanyak 16 kali dan telah mengelilingi bumi lebih dari 18 tahun

GUA BATU KAPUR

Gua batu kapur pun ada kat sini. Tapi tak boleh masuk lah hanya boleh tengok. Sesuai lah kalau bawak anak-anak. Inspirasi gua MinNature di ambil daripada gua-gua batu kapur yang dijumapai di seluruh Malaysia dari Gua Tempurung, Perak ke Gua Niah, Sarawak. Setiap stalagmit dan stalaktit diperbuat daripada tangan dengan teliti. Hampir 40 kg kapur telah di gunakan dah telah mengambil hampir satu bulan untuk di siapkan.

KAMPUNG NELAYAN

Kampung nelayan MinNature ini diinspirasi oleh kampung Pulau Ketam dan Pekan Tanjung Sepat. Kampung-kampung ini di bina di atas tiang kayu turun ke paras laut. Adakalanya tiang kayu ini sampai 15m. Rumah-rumah ini juga dikenali sebagai rumah terapung kerana kelihatan seperti berlegar di atas air.

FAVELA MINNATURE

MinNaturians yang miskin hanya mampu cari tempat tinggal Favela MinNature. Kosa sara diri yang semakin meningkat memaksa banyak MinNaturians untuk membina pondok dan rumah kecik mereka di lereng bukit. Mereka menggunakan warna untuk memebawa sedikit kecerian di dalam hidup mereka. Ini adalah sebab kenapa warna rumah mereka di cat dengan warna yang terang.

MinNature juga merupakan printing 3D Miniature Wonderland yang terbesar di dunia dengan menggunakan lebih 1,600 kilograms ABS plastik untuk model-model di sini.

 

Untuk matlumat lanjut boleh layari

 

Destination: