Menikmati Makanan Thai Asli di Streat Thai @ Jaya One

FOODIE
August 01, 2017 - 11:02 AM


Siapa peminat makanan Thai mesti ramai kan. Di Malaysia kedai atau makanan Thai memang popular dan melambak ada. Menjadi salah satu menu kegemaran ramai. Kita tahu memang sedap dan unik terutama yang asli dari Thailand. 

Kali ini kami di rileklah membawa anda merasai masakan sebenar di Authentic Thai Street Eats di Streat Thai Jaya One.

 

Layanan yang cukup mesra oleh pekerja membuatkam tetamu berasa selesa untk menikmati hidangan Thai di sini. Suasana yang segar dan ditambah elemen komtemporari juga menambah rasa ceria untuk merasa kesedapan masakan dari negara jiran ini.

Bagaimana pula dengan rasa hidangan disini? Adakah ianya benar-benar menepati citarasa orang kita? Dan standard masakan thai yang kenali cukup sedap ini boleh di terima oleh tekak orang malaysia?

Streat Thai adalah sebuah restoran yang kasual, santai dan terbuka. Menampilkan stall atau kaunter berasingan yang menyediakan pelbagai makanan asli Thai secara terbuka.

Anda berpengalaman menjamu selera menu makanan Thai yang sebenar dan asli seperti yang ada di jalan-jalan di Thailand.

Setiap menu khusus di sediakan oleh chef berasingan yang dibawa khas dari Chiang Mai, Chiang Rai, Pattaya, Nakhon Ratchasima, Bangkok dan Hat Yai.

Menu berbeza dengan gerai-gerai tomyam yang selalu kita makan tu. Semuanya makanan asli istimewa dari Thailand.

Seleksi menu memang banyak. Sebut sahaja apa jenis makanan thai yang anda tahu, semua ada dari appertizer, menu utama sehinggalah pencuci mulut dan pelbagai jenis minuman istimewa Thai.

Tak payah susah-susah terbang ke Thailand untuk merasai authentic makanan Thai ini. Semuanya ada tersedia, pilih sahaja mengikut selera anda.

Tom Yam Nood ( Spicy)

#TIPS

Menu paling popular som tum, pad thai, pad krapow, BBQ, tom yum, thai milk tea.

Operation Hours : 11.00 am – 10.00 pm (Setiap Hari)

Mereka juga ada menyediakan perkhidmatan Food Delivery. Jika anda ingin order dan hantar terus ke rumah atau pejabat pun boleh lebih-lebih lagi kawasan situ banyak ofis dan kawasan perumahan.

Nak lunch atau dinner makanan Thai tak susah, call atau order online sahaja.

Jika nak lihat senarai menu makanan dan servis yang mereka sediakan boleh layari laman website dan social media Streat Thai mesti telan air liur tengok makanan yang sedap-sedap.

Website : EatatStreat
Facebook : StreatThai
Instagram : @StreatThai