Rileklah Jalan Jalan - Muzium Tsunami di Aceh Buatkan Trip Aku Sebak kali Ini
Aceh merupakan salah satu wilayah di Pulau Sumatera Indonesia. Jika sebelum ini wilayah Aceh bukan lah destinasi tumpuan untuk pelancong. Namun peristiwa Tsunami pada 26 Disember 2004 yang meragut hampir 300,000 penduduk Aceh telah membuka mata dunia tentang kewujudan Aceh.
Sebelum Tsunami juga Wilayah Aceh merupakan kawasan yang di kawal ketat oleh tentera Indonesia akibat Gerakan Aceh Merdeka (GAM) yang menuntut Aceh keluar dari Indonesia, Sebab itulah Aceh bukan lah destinasi pelancongan ketika itu.
Setelah peristiwa Tsunami konflik antara Aceh dan Jakarta kian reda dan penduduk Aceh juga berjaya bangkit membina semula kota yang telah musnah di landa Tsunami.
Jika anda datang ke Aceh tak lengkap rasanya kalau tak singgah ke Muzium yang penuh makna ini. Berikut antara info yang anda perlu tahu tentang Muzium Tsunami Aceh.
Idea Muzium ini di ilhamkan daripada Ridwan Kamil yang merupakan Wali Kota Bandung. Beliau juga merupakan seorang arkitek di Indonesia. Muzium ini di wujudkan untuk memperingati kejadian Tsunami. Muzium ini di bina pada tahun 2007 dan mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 2009.
Bangunan ini mempunyai dua maksud iaitu dibahagian bawah seakan kapal untuk menyelamatkan diri dari gelombang Tsunami dan bahagian atas ibarat bangunan yang akan menempatkan penduduk Aceh dari ancaman Tsunami.
Tiang-tiang besar di bawah bangunan dibina bagi memberi ruang air laut melalui bawah bangunan.
Bila masuk ke dalam muzium ni hati menjadi sebab seakan akan kita senang menghadapi bencana Tsunami. Lorong yang sempit dan gelap serta bunyi deruan air juga membuatkan kita bakal di landa Tsunami. Tak tahulah macam mana perasaan mereka semasa berlakunya Tsunami. Aku yang sekadar bunyi pun dah berderau darah ni.
Terus timbul keinsafan diri.
Atap bangunan ini juga dibina bercirikan gelombang laut.
Selain muzium, bangunan ini juga merupaka tempat pelindungan jika berlaku lagi Tsunami di masa akan datang. Dengan ketinggian sebegitu diharapkan Tsunami tidak akan melepasinya.
So jika korang ke Aceh jangan lupa singgah sebentar di Muzium ini.
Trip ini di bawakan oleh Wonderful Indonesia dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur (KBRI).