Aktiviti Menarik Di Kuala Lumpur Hujung Minggu Ini...!

September 29, 2017 - 12:12 PM


Hujung minggu merupakan hari yang ditunggu tunggu oleh semua orang. Biasalah, lepas penat bekerja, waktu inilah paling sesuai nak luangkan masa dengan keluarga mahupun yang tersayang.

Kami di Rileklah akan cuba dapatkan dan senaraikan aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Minggu ni minggu pertama start. Kalau anda ada apa-apa aktiviti menarik yang anda anjurkan, boleh jugak kongsi dengan kami.

So, untuk minggu ni… Ini ada beberapa aktiviti yang kami jumpa di Facebook.

 

#1. PET EXPO MALAYSIA
 

Ha, Ekspo Kucing! Ekspo haiwan peliharaan ni dah selalu dilakukan. Cuma, tahun ini, mereka membawakan edisi kucing! Dikatakan ekspo kucing yang terbesa. Ekspo ini akan diadakan di MARTRADE Exhibition and Convention Centre bermula hari ini sehingga 1 Oktober nanti.

Maklumat lanjut boleh pergi ke FB Page : Pet Expo Malaysia

 

#2. WIKEN KL

Apa itu WIKEN KL ni? Ini adalah event yang dianjurkan oleh DuBook Press. Terdapat macam - macam aktiviti dan jualan seperti pakaian, minuman dan yang paling penting, BUKU! Kalau anda berminat aktiviti – aktiviti macam ni… Bolehlah serbu WIKEN KL ni… Tak lupa juga DuBook Indo akan menyajikan pelbagai bahan bacaan dari seberang..! Boleh dapatkan buku best dari Indonesia!

Maklumat Lanjut, boleh baca dekat FB : DuBook Press

 

 

#3. JAPANESE ROASTERS – FREE SAMPLING EVENT

 

Ini, untuk penggemar kopi. Mereka membawakan 4 jenis kopi yang menyertai Festival Kopi Tokyo 2017. Yang bestnya, biji kopi ini boleh dibeli pada hari kejadian dan hanya ada semasa event ini sahaja. Car ikat luar, tak dapat der… So, kalau ada yang berminat… Boleh pegi ke LOT 10, Tingkat 3, cari kedai {x} COFFEE.

Maklumat Lanjut boleh tengok dekat Page FB : Roasted in Japan

 

#4. Perfect Livin 2017

 

Perabot baru? Barangan rumah baru? Ha, kak, tunggu apa lagi… Tag suami masing-masing =)

Perfect Livin ni adalah pameran kediaman terbesar. Kiranya semuanya bawah satu bumbung. Nak cari aircond, meja, cabinet, semua ada. Macam setiap tahun, event Perfect Livin ni selalunya akan buat sales gila-gila. Tapi bergantung pada masa dia jugak dan bergantung kepada syarikat – syarikat yang join.

Tempat, macam biasa dekat PWTC. Mula semalam 28/9 hingga 1 Oktober nanti. Dibuka pada jam 10 pagi – 9 malam..

Maklumat lanjut pasal tempat event, syarikat yang join ada dekat FB : Perfect Livin

 

#5. JOB FAIR @ UTC KUALA LUMPUR

 

Ha, ini sesuai untuk anda yang tengah nak cari kerja atau yang ingin bertukar angin.

Dekat carnival kerjaya ni akan ada temuduga terbuka, klinik kerjaya, pameran daripada agensi kerajaan dan banyak lagi lah. Jadi, kalau anda berminat, boleh dah print resume untuk ke sini nanti.

Oh, pesanan dari penganjur… calon yang nak datang temuduga tu, mesti berpakaian kemas. Jangan berselipar, tshirt dengan jeans pulak!

 

Untuk dapatkan maklumat lanjut pasal ekspo kerjaya ini, boleh hubungi 02-2026 2058 atau pergi ke FB : My Jkkskl

 

 

Selamat berlibur di hujung minggu! =D

 

 

Destination: