Jepun Kekal Rekod Tanpa Kalah , Poland Mungkin Tersingkir Dan Perebutan Sengit Kasut Emas
Jaringan Keisuke Honda selain mencerahkan peluang Jepun untuk ke peringkat 16 pasukan terbaik di saingan FIFA World Cup 2018 adalah pencapaian peribadi paling manis jugak buatnya.
Setakat ini, Keisuke telah menjaringkan 3 gol dalam 3 edisi Piala Dunia yang berbeza untuk skuad The Blue Samurai ini. Edisi lepas, walaupun tewas kepada Ivory Coast, Honda juga menjaringkan satu gol.
Layak atau tidak ke peringkat seterusnya, Jepun terpaksa menunggu hingga perlawanan terakhir peringkat kumpulan setelah Columbia mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Poland yang masih gagal mendapat sebarang mata.
Saingan kumpulan H masih terbuka; dan perlawanan terakhir nanti akan menyaksikan Jepun melawan Poland, dan Senegal bertemu Columbia.
JEPUN akan layak ke peringkat seterusnya sekiranya :
- Menang ke atas Poland
- SERI; dengan syarat Columbia dan Senegal juga seri.
POLAND MUNGKIN TERSINGKIR.
Masih dari kumpulan yang sama, tewasnya Poland di tangan Columbia awal pagi tadi menyaksikan Poland adalah pasukan pertama dari benua Eropah yang pertama mungkin tersingkir.
Tanpa sebarang mata, Poland berada di tangga terakhir kumpulan H.
Sekalipun berjaya menewaskan Jepun pada perlawanan terakhir mereka, Poland perlu berharap yang Senegal berjaya tewaskan Columbia dan mereka perlu menang ke atas Jepun dengan jumlah jaringan yang sangat besar kerana sekarang ini mereka mempunyai defisit 4 gol (-4).
Perebutan Kasut Emas
Ketika Lionel Messi dan Argentina seperti ‘hilang’ daripada World Cup kali ini, ‘musuh’ utamanya Ronaldo telah mencatatkan 4 jaringan dan dikatakan calon utama untuk mendapatkan kasut emas sebagai penjaring terbanyak.
Namun, hatriknya ketika bertemu Sepanyol dipadamkan oleh hatrik penyerang sensasi England iaitu Harry Kane menentang Panama dalam saingan kumpulan G.
Setakat ini, Harry Kane mendahului senarai penjaring terbanyak iaitu 5 gol, diikuti dengan Ronaldo dan penyerang Belgium; Romelu Lukaku.
Malam ini akan bermulalah perlawanan terakhir bagi setiap kumpulan dan di kumpulan A menyaksikan pertemuan antara Arab Saudi dan Mesir yang boleh dikatakan sebagai pelengkap jadual, kerana kedua-duanya tidak akan layak walaupun menang. Dan penentuan antara juara dan naib juara kumpulan A antara Russia dan Uruguay.
Sepak mula serentak jam 10 malam untuk kumpulan A dan diikuti dengan perlawanan kumpulan B pada jam 2 pagi melibatkan Portugal vs Iran dan Spain vs Morocco.