eSport Semakin Mendapat Tempat Di Malaysia - Perak Akan Anjur Satu Kejohanan eSport
Tak dapat dinafikan, perkembangan eSport di Malaysia sangat berkembang dan ia berlaku dalam masa yang sangat cepat. Jika dahulu, tidak ramai yang ‘amik port’ pasal eSport selain diorang-diorang yang betul-betul minat main game sahaja.
Kini, dengan lambakkan permainan online banyak diantaranya telah dijadikan pertandingan dalam skala besar. Walaupun di Malaysia, yang popular setakat ini mungkin DOTA2,Fifa, Counter Strike, Mobile Legend dan terbaru PUBG.
Dalam masa yang sama, Malaysia mempunyai ramai pemain-pemain hebat yang bertanding di peringkat antarabangsa. Antaranya semestinya team Mineski, pasukan yang bertanding untuk kejohanan DOTA2 dan pada April lalu telah berjaya menjadi johan di DOTA2 Asia Championship.
Dengar cerita prize pool RM1.4 juta.
Ok, berbalik pada cerita eSport tadi, kalau korang nak tahu eSport dah dimasukkan ke dalam line-up Asian Games dekat Indonesia nanti dan dijangka menjelang 2022, dia akan menjadi acara rasmi dan ada pingat.
Oleh sebab itulah, dengar-dengar negeri Perak akan menganjurkan satu kejohanan peringkat tertinggi di Malaysia. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemuda dan Sukan Negeri Perak, untuk hardware dan lokasi pertandingan dah confirm cuma tenaga kerja masih dalam perancangan untuk pertandingan tersebut.
Buat masa sekarang, kita hanya tunggu pengumuman rasmi dan siapa yang berhajat tu, dah boleh dah start ajak kawan-kawan training sama-sama.
Kalau nak tengok match final yang Mineski menang tu, ada kat bawah ni :