Tarikan Dan Aktiviti Menarik Di Danau Toba
TRAVELBaru-baru ni, Air Asia dan Malindo Air ada buat promosi dan perkenalkan route terbaru mereka iaitu penerbangan terus ke Danau Toba ataupun Lake Toba.
Kalau sebelum ni, bila kita bukak internet tak banyak yang berkongsi tentang Danau Toba. Sebenarnya, Tasik (danau) yang terletak di Sumatera, Indonesia ini merupakan tasik gunung berapi yang terbesar di dunia.
Walaupun bukanlah satu destinasi yang membangun, disebabkan keadaan persekitaran yang cantik dan pemandangan yang memukau, korang tak akan perasan pun. Lebih banyak menghabiskan masa menikmati pemandangan dan keindahan ciptaan Tuhan ni.
Di Danau Toba, ada satu pulau yang dipanggil Pulau Samosir, dan dekat sini, pemandangan dia memang lain macam.
Kalau korang terfikir apalah agaknya aktiviti yang boleh dibuat di Danau Toba ni, kitorang ada suggestion.
#1. Melawat Perkampungan Batak
Antara perkara yang famous korang boleh buat dekat Danau Toba disebabkan mudah untuk diakses adalah melawat sebuah Perkampungan Batak Purba yang terletak berdekatan dengan Kampung Ambarita.
Ambarita terletak kurang lebih 5 kilometer daripada Tuk-tuk kalau ikut jalan utama lah. Korang boleh ke tempat mesyuarat yang digunakan oleh Raja setempat disitu yang dibuat menggunakan batu. Ala-ala stone table dalam Narnia lah mungkin.
#2. Melawat Mata Air Panas
Kawasan air panas terletak di tepi Pulau Samosir. Bertentangan dengan Tuk-tuk dan diluar sikit daripada Panguruan, kawasan tempat tinggal terbesar di Pulau Samosir ni. Tapi, kat sini tak boleh mandi. Satu sebab airnya terlalu panas. Dua, bau sulfur disini terlalu kuat dan berbahaya jika dihidu dalam masa yang lama.
Mungkin sekarang dah ada kawasan yang didirikan untuk mandi.
Kalau menaiki motorsikal (perlukan skill yang power), korang boleh melalui jalan yang agak mencabar untuk ke puncak dan ke ‘punca’ air panas tersebut. Dekat sini jugak, korang boleh dapat pemandangan Danau Toba dari atas yang sememangnya cantik.
p/s: Katanya gambar dekat sini paling cantik!
#3. Melawat Muzium Batak
15 kilometer dari Tuk-tuk, terdapat Muzium Batak. Menariknya, Muzium ini pada asalnya ialah rumah tradisi kepunyaan Raja pada zaman dahulu dan diubahsuai menjadi Muzium Batak. Walaupun tak berapa besar, kalau nak belajar lebih lanjut tentang suku kaum Batak ni, boleh lah ke sini.
Katanya, ada juga persembahan tarian tradisional yang diadakan disini pada jam 10.30 pagi.
#4. Memandu Sekitar Pulau
Kalau nak adventure, sewa motor dan bertolak awal pagi. Memang korang akan menyaksikan sesuatu yang tak dapat nak digambarkan. Kalau korang nak pengalaman yang ‘genuine’ cubalah, korang akan nampak kehidupan seharian orang tempatan.
Dari segi pemandangan, boleh tengok gereja lama dan jugak pemandangan gunung berapi. Untuk memandu di Pulau Samosir, katanya pihak berkuasa sana tak selalu check, jadi bawak ajelah. Cuma patuhi undang-undang tempatan. Jangan buat perangai driver Malaysia kat sana.
#5. Tengok Tasik Dalam Tasik
Cari Danau Sidihoni. Kalau nak diikutkan, memang sangat ‘rare’ ada tasik yang macam ni. Walaupun perjalanan ke sini agak mencabar, tapi percayalah, ianya berbaloi.
Naik motorsikal (jalan mencabar) antara Ronggumihuta dan Partungkoan, kemudian korang kena hiking sikit. Kalau sesat, tanyalah orang kat sana.
#6. Tenunan Tradisional
Di Buhit, salah satu perkampungan kecil di sini merupakan rumah kepada penenun tradisional yang membuat pakaian tradisional Batak yang digunakan untuk ritual ataupun tarian.
Dari segi lokasi, Buhit ni terletak di Utara Tuk-tuk, sebelum sampai di Panguruan dan kawasan air panas.
Bila buat artikel pasal Danau Toba ni, mulalah tangan gatal nak cari flight tiket. Mentang-mentanglah sekarang Air Asia dengan Malindo Air dah ada direct flight kan. Haha… Jomlah kita!