Iklan Terbaru Nike : ‘Awaken The Phantom’ - Cerita Tentang 'Urban Legend'
Pengiklanan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada jualan sesuatu produk. Tak kiralah sama ada tujuannya untuk memperkenalkan produk, mahupun untuk tujuan branding, pengiklanan biasanya akan boleh timbulkan impak yang hebat.
Dalam sukan; bolasepak terutamanya, boleh dikatakan Nike dan Adidas sentiasa keluarkan iklan bagi tujuan promosi. Seperti kebiasaan, mereka juga akan menggunakan duta-duta mereka bagi menarik lebih ramai pelanggan untuk perhatikan produk mereka.
Terbaru, Nike telah mengeluarkan iklan ‘Awaken The Phantom’ yang dikatakan tentang ‘urband legend’ ataupun mitos kehebatan seorang pemain yang tersebar dari mulut ke mulut sesiapa sahaja yang pernah melihat beliau beraksi.
Beberapa duta besar Nike seperti Ronaldinho, Gattuo, Pirlo, Neymar dan beberapa nama lagi turut membuat kemunculan dalam iklan yang sebenarnya mempromosikan kasut bola keluaran terbaru Nike iaitu Nike PhantomVSN.
Tonton ‘Awaken The Phantom’ di sini :