Tips Fantasy Premier League : 8 Tips Menjelang GW 11
Dengan musim yang dah jalan satu per empat ni, boleh dikatakan kebanyakan pengurus atau manager dah semakin dapat rentak. Skuad pun boleh dikatakan dah ‘sedap’. Sesetengah posisi, tak dapat dinafikan memang bermasalah, kebanyakan pemain FPL mengalaminya jugak.
Menjelang GW11 yang akan kick-off pada Sabtu ini, ada beberapa pertukaran yang korang boleh lakukan (kalau perlukan pertukaran lah).
Siapa Perlu Dipilih?
Kadang-kadang, agak sakit hati bila pemain yang dalam kesebelasan utama mata dia 2, 3 tapi pemain yang dekat bench mata kemain lagi tinggi. Agak merugikan. Jadi, untuk minggu ini, ada beberapa pemain yang korang boleh ketepikan dan ada beberapa pemain yang kena ada dalam first eleven.
Yang Perlu Ada :
#1. Ross Barkley
Barkley adalah pemain paling banyak dibawa masuk untuk GW 11. 250,000 pengurus memilih untuk masukkan Barkley. Mana taknya, minggu lepas menentang Burnley, pemain ini berjaya memberikan mata yang banyak. Lawan selepas ini adalah Crystal Palace, tak mustahil Barkley bersinar lagi minggu ni.
#2. Roberto Pereyra
Rasanya, beberapa entri berkenaan EPL Fantasy oleh kami sebelum ni pun ada banyak kali masuk nama Pereyra ni. Dua gol daripada dua perlawanan sebelum ini, lawan selepas ini adalah Newcastle dan Southampton. Taka da sebab kenapa korang taknak masukkan Pereyra dalam pasukan korang tu.
#3. Anhony Martial
Baik Lukaku, mahupun Rashford, dua-dua sedang hadapi kemarau gol di United. Pemilihan Martial adalah yang terbaik setakat ini jika korang nak ada pemain United dalam pasukan lah. Walaupun prestasi United agak tak menentu, lawan mereka untuk minggu mendatang adalah Bournemouth, kemudian Crystal Palace.
#4.. Eden Hazard
Walaupun dikhabarkan hanya 75% peluang Hazard akan diturunkan untuk perlawanan hujung minggu nanti, tapi pengendali Chelsea yakin yang Hazard akan pulih sepenuhnya menjelang perlawanan mereka pada Ahad nanti.
#5. Harry Maguire
Dengan tanda harga yang cukup menggiurkan (5.5m), pemain daripada Leicester ini memang patut ada dalam kesebelasan utama pasukan korang tu. Empat perlawanan Leicester selepas ini ialah menentang Cardiff, Burnley, Brighton dan Watford.
Siapa Yang Perlu Dielakkan
#1. Crystal Palace
Kalau ada pemain Crystal Palace, letak dekat bench untuk sekurang-kurangnya tiga minggu lagi. Lawan mereka selepas ini adalah Chelsea, Tottenham dan Manchester United. Memanglah bola tu bulat, apa-apa boleh jadi, tapi rekod sebelum ni tak memihak pada Palace. Berkemungkinan seri tu ada.
#2. Bournemouth
Selain pemain dari Crystal palace tadi, pemain dari Bournemouth pun boleh di-bangkusimpanan-kan. Keputusan tak memihak kepada diorang sebelum ni. Minggu ni menentang United, harapan agak tipis la. Lepas tu jumpa Newcastle, Arsenal dan Manchester City. Jadi, carilah striker lain sementara waktu.
#3. Aleksandar Mitrovic
Mitrovic ni, awal-awal musim memang terbaik. Tapi, semenjak kebelakangan ni, prestasi Fulham pun kurang sikit. Walaupun Mitrovic dah berikan 48 mata setakat ini, lawan Fulham adalah Arsenal dan kemudian Chelsea. Buat sementara waktu, boleh la letak dekat bench. Atau kalau nak transfer, beli Glenn Murray (6.5m) atau Kelechi Iheanacho (5.9m).
LIGA FANTASY RILEKLAH
Seperti yang korang sedia maklum, kitorang ada buat Liga Fantasy untuk semua pembaca Rileklah.com dan akan ada 3 pemenang untuk setiap bulan.
Ini adalah senarai pemenang bulan Oktober :
Siapa ada kenal dengan manager-manager ni, sila mintak diorang hubungi kitorang untuk tuntut hadiah.
Kalau korang nak join, boleh lagi. Jangan risau, format hadiah liga kitorang ni adalah bulanan. Jadi, setiap bulan akan ada pemenang berbeza.
Kalau nak join, masukkan code ini : 1094348-245657
HADIAH BULAN NOVEMBER
Untuk bulan November ni, top manager akan menerima voucher penginapan di Hotel di Kuala Lumpur. Pemenang pertama akan menerima voucher untuk 3 hari 2 malam di ANSA Hotel, Kuala Lumpur.
Pemenang kedua dan ketiga akan menerima voucher Sport Direct bernilai RM50
Sementara tu, jangan lupa like dan follow page kami di Facebook untuk dapatkan update berkenaan Liga Bola Fantasy Rileklah ni ye...