7hb November Cuti Tambahan Bagi Penjawat Awam Beragama Hindu
TERKINISurat Pekeliling Rasmi telah dikeluarkan oleh Ketua Pengerah Perkhidmatan Awam, Yang Berbahagia Datuk Seri Borhan Dolah hari ni menyatakan bahawa cuti tanpa rekod Deepavali pada 7 haribulan November khusus untuk penjawat awam beragamau Hindu.
Beliau berkata “Kemudahan cuti tanpa rekod ini mulai berkuatkuasa mulai tahun 2018 bagi memberi labih ruang kepada pegawai untuk menyambut perayaan tersebut Bersama keluarga” .
Deepavali disambut seluruh Malaysia dan adalah cuti Am kecuali di negeri Sarawak. Rakyat beragama Hindu dijangka sudah pun bergerak pulang ke kampung halaman dan membuat persediaan sambutan Deepavali tahun ini. Korang jangan lupa menziarahi sahabat handai yang beragama Hindu dan sama-sama meraikan Deepavali.
Alang-alang tu jom tengok koleksi iklan Deepavali Petronas di sini.