Klausa Pelepasan Sehingga RM6 Juta, Selangor Tutup ‘Pintu Belakang’

January 08, 2019 - 12:30 PM


Masalah rundingan ‘pintu belakang’ dah menjadi barah dalam arena bola sepak tempatan. Setiap musim, mesti ada pemain atau pasukan yang menerima nasib yang kurang baik apabila ada pihak yang melakukan rundingan tak sah. Akhirnya, pemain dan pasukan lama terpaksa bersetuju.

Ada banyak kes berlaku sebelum ini dan ianya perlu diselesaikan secepat mungkin oleh Malaysian Football League (MFL), selaku pengendali liga-liga bolasepak di Malaysia dan juga FAM sendiri. Terbaru, berkenaan kes perpindahan Akhyar Rashid yang dikatakan tidak menggunakan jalan yang betul.

Nak cerita panjang pasal Akhyar pun tak guna sebab dah selesai.

Salah satu pasukan yang pemain muda sering dipancing adalah Selangor, dipancing kelab mana tu taknak cakap lah, sensitive. Hikhik. Tapi, bukan kami nak cakap rundingan pemain-pemain tersebut tu ikut jalan belakang ye. Hepp!

Untuk mengelakkan rundingan pintu belakang, kiri kanan ni, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bertindak untuk letakkan klausa pelepasan ke atas semua pemain skuad Red Gians musim ini. Jadi, sekiranya ada pasukan lain ingin mendapatkan mana-mana pemain Selangor selepas ini, mereka perlu membayar antara RM 3 juta hingga RM 6 juta.

Satu pendedahan yang dibuat oleh Setiausaha Agung FAS, kontrak pemain pertahanan mereka, Syahmi Safari adalah yang termahal kerana ia diletakkan dengan klausa pelepasan sebanyak RM 6 juta!

Kalau nak ikutkan, apa yang dibuat oleh Selangor ni patut dijadikan contoh oleh kelab dan pasukan lain, atau sebenarnya memang ada tetapi tak pernah didedahkan. Sebenarnya, mulai tahun 2017, FAM ada memperkenalkan kontrak baru dan template yang sama juga digunapakai oleh pasukan Selangor dengan meletakkan klausa pelepasan.

Ini antara rekod perpindahan pemain Selangor sebelum ini :

Memang sebenarnya, klausa pelepasan ni bagus untuk melindungi pemain selain dapat menjaga kepentingan dan hak pasukan yang dah melaburkan wang yang banyak untuk membangunkan seseorang pemain.