31 Januari Cuti ? Nanti Dulu… Tiada Cuti Diwartakan Lagi

TERKINI
January 15, 2019 - 04:23 PM


Korang antara salah seorang yang terima pesanan Whatsapp yang cakap 31 Januari 2019 ni kita akan bercuti. Hentikan. Jangan forward whatsapp tersebut kerana ianya ‘fake’.

Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC) keluarkan kenyataan yang bahawa tarikh berkenaan hanyalah tarikh mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-252 (khas) Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Adalah Pemangku Jawatan Yang DiPertuan Agong 

Jadi, ianya bukan hari pelepasan am seperti yang tular berkenaan.

"Tiada cuti diwartakan untuk tarikh tersebut kerana hanya mesyuarat dan bukan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong”

Khabar angin mengenai hari pelepasan am itu membuatkan rakyat teruja memandangkan tarikh tersebut yang jatuh pada Khamis memberi peluang kepada orang ramai untuk merancang cuti panjang.

Upacara Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan itu diikuti dengan cuti umum Hari Wilayah Persekutuan pada keesokannya, cuti hujung minggu (Sabtu dan Ahad) serta cuti Tahun Baru Cina yang disambut pada 5 dan 6 Februari.

Apa-apa pun, kita tunggu tarikh yang akan diwartakan dan dihebahkan melalui Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, JPM (KABINET).