Tips Fantasy Premier League : GW 26 – Aubemeyang & Lacazette Antara Yang Perlu Diberi Perhatian

February 07, 2019 - 04:40 PM


Rasanya, ramai yang kecewa minggu lepas nama-nama besar gagal sumbangkan mata yang banyak, tapi ada jugak yang ‘kena’.

Bobby Reid dan Higuain berjaya jaringkan gol, hat-trick oleh Aguero dan gol penting dari Rashford dan Jimenez. Masing-masing buatkan pengurus pasukan tersenyum.

Untuk GW-26 ni, kita tengok pemain yang value for money pulak. Maksudnya, korang belanja sikit, tapi sumbangan points dia agak banyak.

Antara pemain yang korang boleh pertimbangkan dan dijangka menyumbang banyak mata adalah :

#1. Pierre-Emerick Aubemeyang, Arsenal

Kos: 11.2m Mata : 150

Aubemeyang mungkin agak tenggelam pada minggu ke-25, tetapi menentang Huddersfield minggu hadapan, ada kemungkinan Aubemeyang berjaya jaringkan gol. Memandangkan pertahanan Huddersfield yang agak kureng.

Daripada 51 jaringan pasukan Arsenal, 15 jaringan dibuat oleh Aubemeyang, terlibat dalam 21 gol lain dan assist 6 gol.

 

#2. Alexandre Lacazette, Arsenal –

Kos: 11.2m Mata : 150

Kalau ada bajet, dapatkan Lacazette jugak. Terkini, Lacazette menghampiri 2 digit jaringan dan assist. Lawan pasukan bawahan liga, rasanya tiada masalah untuk Arsenal.

 

#3. Salomon Rondon, Newcastle United

Kos: 5.7m Mata : 78

Unit yang lengkap, itu sahaja perkataan yang sesuai untuk gambarkan Rondon sekarang ni.

Walaupun sebelum ini bergelut dengan masalah kecergasan, Newcastle bakal berdepan dengan lawan yang lebih mudah selepas ini. Bertemu Wolves, Huddersfield, Burnley dan West Ham.
 

Kalau nak penyerang yang produktif, Rondon salah seorang yang korang boleh pertimbangkan.

 

#4. Raul Jimenez, Wolves –

Kos: 6.7m  Mata : 122

Setakat ini, Jimenez dah sumbangkan 9 gol dan membantu dalam 7 jaringan pasukan Wolves. Buktinya, harga untuk Jimenez telah melonjak 1.1 juta dari permulaan musim.

Gameweek sebelum ini, Jimenez berjaya score 3 gol dan assist dalam 1 gol Wolves. Rasanya jumlah ini akan bertambah bila Wolves turun melawan Newcastle, Bournemouth, Huddersfield dan terakhir, Cardiff.

 

#5. Michy Batshuayi, Crystal Palace –

Kos: £6.5m Mata: 4

Walaupun hanya diturunkan 8 minit menentang Fulham, Batshuayi berjaya memberikan impak kepada pasukannya.

Pemain berasal dari Belgium ini boleh membantu rakan-rakanya untuk mendapatkan serangan yang mantap, seterusnya menghasilkan gol.

Lawan selepas ini, West Ham dan Leicester, agak-agak boleh ke Batshuayi teruskan rentak?


[ HADIAH PEMENANG BULAN FEBRUARI ]

Untuk Februari ni, tiga pengurus teratas akan menerima SATU (1) unitTumbler atau Flask dari VAKKUM, jenama dari German. VAKKUM ni, ianya adalah botol air atau flask jenis ANTI BAKTERIA yang pertama di Malaysia. Dengan menggunakan teknologi dari Korea.

Kalau kroang pergi ke laman web dia, ada pelbagai jenis flask, tumbler dan bekas simpanan makanan. Ada macam-macam saiz, dan banyak design yang trendy.

Design dia memang tahan lasak dan paling penting, menarik sangat warna dia. Ada pelbagai saiz dan boleh untuk digunakan simpan air sejuk atau panas.

Kelebihan VAKKUM

  • Anti Bakteria (99.9 berkesan dan diuji oleh sgs)
  • Pastikan air yang korang minum sentiasa bersih
  • Sesuai untuk mereka yang nak amalkan gaya hidup sihat
  • Banyak design dan kegunaannya
  • Air akan kekal sejuk atau panas melebihi 8 jam

Matlumat lanjut boleh ke Facebook OasisSwiss atau ke www.vakkum.com