Skechers ‘Bahan’ Nike Selepas Insiden Kasut Zion Williamson Koyak

March 04, 2019 - 01:09 PM


Jarang-jarang kita dengar berita atau kecoh pasal kasut koyak ni. Kes melibatkan Zion Willamson dan Nike ni memang dapat liputan meluas nampaknya.

Image Credit : Washington Post

Mana tidaknya, Zion Williamson merupakan prospek dalam NBA Draft dan perlawanan yang berlangsung pada 20 Februari lalu ini adalah perlawanan besar dan, nak dijadikan cerita kasut jenama Nike yang dipakai Williamson koyak 30 saat selepas perlawanan berlangsung.

Disebabkan kasut Nike itu koyak, pemain berusia 18 tahun tersebut telah tergelincir, jatuh dan tercedera!

Disebabkan sekolah yang diwakili Williamson ditaja oleh Nike, nampaknya beliau terpaksa memakai jenama tersebut sehingga akhir musim. Beliau dijangkakan menjadi pilihan ramai dalam Draft 2019 NBA.

Bila kasut jenama sukan nombor 1 dunia ni koyak, memang banyak lah syarikat pesaing ambil kesempatan  untuk ‘membahan’ atau roasting Nike dalam kempen-kempen mereka. Terbaru ialah Sketchers. Yang memuat naik gambar di Instagram mereka dengan tulisan “Just Blew It” – merujuk kepada tagline Nike. Hehe. Nakal betul Sketcers.

Selain Skechers, Puma juga mengambil kesempatan yang sama dalam laman twitter mereka.