Biola Konsert ‘The Chosen’ Dennis Lau – Cecah Harga Ratusan Ribu Ringgit
GAYA HIDUPNama Emerald Guitar mungkin tidak sepopular jenama gitar seperti yang kita selalu dengar seperti Gibson, Fender dan lain-lain tetapi syarikat yang diasaskan oleh Alistair Hay ini mempunyai peminat dan pembeli mereka yang tersendiri.
Bermula pada 1994 di Ireland dengan idea ingin menghasilkan gitar menggunakan gentian karbon (carbon fibre), kini Emerald Guitar mengeluarkan sehingga 700 buah guitar akustik berasaskan bahan yang sama dan gitar pertama berjaya dihasilkan pada tahun 2000 dan pemilik gitar tersebut adalah tak lain tak bukan adalah Steve Vai.
Selain disebabkan bahan yang digunakan dah sememangnya mahal, apa yang membuatkan setiap hasil kerja Emerald Guitar dan eksklusif daripada Alistair Hay sendiri adalah setiap daripada gitar tersebut adalah custom made, berasaskan tempahan dan diperbuat menggunakan tangan.
Kesemua proses pembinaan dari segi lakaran idea sehinggalah ukiran dan perincian pada sesebuah ‘karya’ adalah hasil tangan Hay sendiri.
Bekerjasama Dengan Pemain Biola Dari Malaysia, Dennis Lau
Mungkin kita jarang atau senang cerita tidak mengenali Dennis Lau kerana beliau bukanlah penyanyi.
Namun apa yang mengagumkan adalah beliau telah banyak melakukan kolaborasi dan mengiringi beberapa nama besar dalam industri muzik negara selain melakukan beberapa siri konsert dan memenangi beberapa anugerah dalam dan luar negara.
Malah, pada 2016 Dennis telah mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records sebagai kolaborasi muzik paling banyak oleh seorang pemain instrument (Biola) pada konsert berskala besarnya yang pertama iaitu ‘Dennis Lau & Friends – The Phoenix Rising’.
Ketika konsert inilah beliau mempertontonkan ‘The Phoenix’, salah satu biola kepunyaannya yang mendapat sentuhan daripada Alistair Hair dan ini merupakan projek pertama Allistair membina peralatan muzik selain daripada gitar.
Kalau nak diikutkan, The Phoenix yang disaluti dengan emas 24K ini dikhabarkan bernilai lebih daripada RM200 RIbu. Sebenarnya ia diinspirasikan daripada gitar Bahamut kepunyaan Wang Leehom, artis terkemuka Taiwan.
Selain ‘The Phoenix’, Dennis juga mempunyai sebuah lagi karya seni Alistair yang diberi nama ‘Suilleach’ yang berbentuk naga. Menurut Alistair, beliau menghabiskan masa 4 hingga 5 bulan untuk menyiapkan biola ini.
Dari segi kos pula, difahamkan untuk satu-satu biola rekaan Alistair menjangkau harga 40 ribu USD keatas. Lebih kurang RM160 Ribu.
Terbaru, bersempena dengan konsert The Chosen oleh Dennis Lau yang bakal diadakan bulan Jun nanti, sebuah majlis tertutup telah diadakan untuk mempertontonkan ‘senjata’ yang bakal digunakan Dennis dalam konsert tersebut.
The Chosen – nama yang diambil sempena nama konsert Dennis ini ternyata mempunyai reka bentuk dan aura yang sangat berbeza daripada dua biola sebelum ini. Mengetengahkan elemen minimalis serta praktikal, The Chosen One nampak sangat versatile.
Selain diperbuat menggunakan bahan carbon fibre sepenuhnya, Alistair ternyata berjaya mengagumkan Dennis yang buat pertama kali menyaksikan biola terbarunya yang diterbangkan dan diberikan sendiri oleh Alistair dari Ireland.
Dijangkakan harga The Chosen ini melebihi RM 100 ribu!
Sementara itu, konsert The Chosen Dennis Lau akan berlangsung pada bulan Jun. Tarikh, lokasi dan masa konsert berkenaan akan diberitahu semasa sidang media yang akan diadakan pada April nanti.
Queen - We Will Rock You Violin Cover - Dennis Lau
Photo Credit : Website | Emerald Guitar | KTALYST PR