Kempen ‘Eat Thai, Visit Thailand 2019’ Di Semua Cawangan Mr Tuk Tuk

FOODIE
March 22, 2019 - 11:35 AM


Pihak Berkuasa Pelangcongan Thailand di Malaysia (TAT), melancarkan sebuah kolaborasi bersama restoran-restoran berasaskan makanan Thailand di negara ini.

Selari dengan kempen ‘Membuka Lembaran Baru’ menerusi Amazing Thailand yang menumpukan lima sector utama dalam pelancongan iaitu Seni dan Kraf, Budaya, Alam Semulajadi, Gaya Hidup dan Gastronomi.

Dari Kiri : Mrs. & Mr Ken Leong, Ms Jacquelynn (Mr Tuk Tuk), Mr Ahman, Ms Sirinthara (TAT)

Kempen ‘Eat Thai, Visit Thailand 2019’ bermula dari 20 Mac hingga 30 April ini adalah kolaborasi antara TAT dan kesemua cawangan rangkaian restoran Mr Tuk Tuk di Malaysia.  Sempena kempen ini juga, Mr Tuk Tuk telah memperkenalkan beberapa makanan dan minuman baru dalam menu mereka.

Antara menu yang diperkenalkan adalah Fried Tofu with Basil Leaves, Thai Seafood Otak-otak, Fresh Oyster with Lime Sauce, Thai Prawn Salad dan pencuci mulut Thai Pumpkin Custard.

Mr Tuk Tuk dalam masa yang sama mengalu-alukan pengunjungnya untuk menikmati makanan halal Thailand yang sedap, berkualiti dan autentik. Setiap sajian terbukti keenakannya dan rasa yang sama terdapat di banyak restoran halal seumpama itu di Thailand.

Apa yang menarik, sepanjang kempen berlangsung, pengunjung yang memberlanjakan lebih daripada RM50 dalam satu resit di mana-mana cawangan Mr Tuk Tuk, berpeluang memenangi salah satu daripada 20 hadiah yang disediakan termasuklah hadiah utama iaitu percutian untuk dua orang ke Bangkok secara PERCUMA.

Selain percutian 3 hari dua malam ke Bangkok (termasuk hotel) ini, hadiah lain yang boleh dimenangi adalah beg bagasi, beg tangan dan baucer makan di Mr Tuk Tuk.

Nota Editor : Dah cuba menu baru dekat Mr Tuk Tuk, memang sedap, terasa makan dekat Bangkok pulak. Padahal dekat PJ je. Hehe.