Jom Balik Beraya Dengan AirAsia!

April 05, 2019 - 10:50 AM


Berita gembira untuk korang yang nak balik beraya tapi takut tiket kapal terbang habis!

Jangan risau sebab syarikat tambang murah, AirAsia akan menambah 437 penerbangan lagi bersempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri antara 30 Mei dan 16 Jun nanti.

Penerbangan tambahan yang ditawarkan adalah dari Kuala Lumpur ke Singapura, Kuching, Sibu, Miri, Sandakan, Tawau, Alor Setar, Kota Bharu, Langkawi, Terengganu dan Johor Bahru serta dari Johor Bahru ke Kuching, Miri, Sibu, Tawau dan Alor Setar.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata sebagai sebuah syarikat penerbangan untuk semua, AirAsia berbesar hati untuk menyatukan keluarga dan sahabat handai di musim perayaan ini.

Untuk menampung permintaan yang dijangka akan meningkat sempena Aidilfitri kali ini, AirAsia menawarkan 78,000 kerusi tambahan bagi membantu masyarakat pulang beraya ke kampung masing-masing.

Penerbangan tambahan ini boleh ditempah mulai sekarang di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Manakala bagi mengikuti berita terkini mengenai AirAsia, aktiviti dan promosi, jangan lupa follow AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

Sumber: AirAsia