Wanita Ini Kongsi Tip Masuk 'Taman Syurga' Raudhah Bagi Muslimah

GAYA HIDUP
April 19, 2019 - 05:06 PM


Lebih kurang 2 minggu sahaja lagi kita bakal menginjak ke bulan Ramadan sebelum disusuli dengan Aidilfitri di bulan Syawal.

Kebiasaannya ramai antara kita yang ingin meraih keberkatan kedua-dua bulan mulia ini dengan mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah dan juga berziarah ke Madinah.

Antara lokasi yang bakal menjadi tumpuan para Jemaah dari serata dunia jika ke Kota Madinah tentulah Raudhah iaitu sebuah sudut kecil di antara mimbar dan makam Rasulullah di dalam Masjib Nabawi yang juga masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidilharam di Mekah.

Sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini pasti akan berusaha untuk solat dan berdoa di Raudhah yang juga digelar sebagai ‘Taman Syurga’ kerana ia salah satu tempat mustajab untuk berdoa di Tanah Suci.

Jadi, memang ramai yang akan berebut-rebut untuk masuk ke Raudhah memandangkan ada waktu tertentu sahaja umat Islam dibenarkan memasukinya.

Seorang pengguna laman Facebook, Nawal, berkongsi pengalaman dan tip untuk golongan perempuan yang mahu ke Raudhah dengan cara yang betul.

 

Jadual masuk Raudhah

Untuk perempuan boleh masuk 2 waktu iaitu selepas subuh dan selepas Isyak.

Nak masuk Raudhah ni ada 3 atau 4 check point.

Tip masuk Raudhah yang slalu orang share ialah pakai jubah hitam dan niqab/purdah supaya senang dapat masuk awal. Orang Arab biasanya akan dilepaskan masuk dulu berbanding orang nusantara.

 

Tip pertama

Bila dapat masuk di antara check point tu, jangan melulu ikut orang ramai ke pintu kayu warna coklat (refer gambar).

Bila dia bagi masuk ke check point, memang semua orang akan berlari lari untuk pegi ke saf paling depan sekali.

INGAT, Jangan ikut orang ramai sebab pintu ke check point seterusnya sebenarnya bukan dekat depan tapi dekat belah BELAKANG SEKALI.

Pintu itu ditutup dengan kain kanvas warna putih (refer gambar). Itu sebenarnya pintu ke check point seterusnya. Bukan dekat saf pertama yang ada dinding kayu.

 

Tip kedua

Bila nak masuk ke check point terakhir iaitu ke Raudhah, bila lalu di Makam Nabi (Kubah Hijau), ambil lorong yang paling tengah sekali.

Guard Arab memang akan suruh penuhkan lorong kiri dan kanan sebab dia taknak bagi crowded di lorong tengah.

So, make sure beratur di lorong tengah sebab lorong tengah yang akan dibuka dulu.

Walau bagaimanapun, Nawal menjelaskan bahawa tips yang diberikannya hanya valid buat masa sekarang kerana dia tidak pasti jika peraturan dan jadual waktu akan berubah pada masa akan datang. Wallahualam.

Sumber: Fb SomethingBorrowed byNawal