5 Festival Terbesar Yang Akan Berlangsung Di Indonesia, Ini Masa Sesuai Ke Sana!

May 15, 2019 - 05:10 PM


Disebabkan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang, berkemungkinan ada antara kita yang tak travel buat masa sekarang ini. Mungkin nak jaga bajet untuk raya dan sebagainya.

Tapi, kalau korang tengah plan atau belum ada destinasi nak dituju, apa kata korang ke Indonesia. Selain tiket yang tak berapa nak keras sangat, Indonesia ni bolehlah dilabelkan sebagai ‘dekat’. Matawang pun murah.

Untuk korang yang suka ke festival macam contoh Sonkran di Thailand, Nyepi di Bali dan pelbagai lagi. Festival-festival ini kebiasaannya berkait rapat dengan kebudayaan mahupun kepercayaan yang ada di negara tersebut. Kalau korang minat dengan festival-festival macam ni, ini ada 5 festival terbesar akan berlangsung di Indonesia selepas raya nanti.

#1. Festival Sriwijaya XXVIII 2019, Sumatera Selatan

Festival Sriwijaya merupakan sebuah festival yang terbesar di Indonesia. Setiap tahun, Festival Sriwijaya diadakan untuk mempersembahkan pelbagai kebudayaan daripada 17 daerah dan kora yang ada di Sumatera Selatan, Indonesia.

Edisi 2019, akan diadakan di Benteng Kuto Besak, Palembang pada 16 hingga 23 Jun 2019. Pengunjung akan dipersembahkan dengan pelbagai bentuk persembahan berasaskan kebudayaan. Ini termasuklah tarian, drama muzikal, lagu kedaerahan selain daripada pameran dan lain-lain.

 

#2. Jakarnaval, DKI Jakarta

Untuk yang ada plan untuk ke Jakarta, apa kata korang ke sana pada 16 Jun 2019 kerana akan diadakan Jakarnaval. Jakarnaval ni sebenarnya pertunjukan khas kebudayaan yang ada di Jakarta dengan bentuk perarakan dan juga ada kereta berhias.

Lokasinya secara tepat di Kota Jakarta Pusat, di jalan raya di kawasan Monumen Nasional (MONAS), Jakarta.

 

#3. Festival Parade Pesona Kebangsaan, Flores

Pernah dengar pasal Flores? Flores ni adalah kepulauan yang terdapat di Nusa Tenggara.

Pada 29 Mei sehingga 1 Jun 2019 ni, akan diadakan Parade Pesona Kebangsaan di Ende, Flores. Pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan dan tarikan utama semestinya adalah pertunjukan fesyen berasaskan kain tenun ikat Flores.

 

#4. Yadnya Kasada Bromo, Malang

Yadya Kasada atau dikenali sebagai Kesodo adalah perayaan yang disambut oleh suku kaum Tengger yang berketurunan Jawa yang tinggal di gunung Bromo.

Festival atau ritual upacara mereka ini diadakan sebagai bentuk persembahan untuk Sang Hyang Widhi dan nenek moyang mereka. Menurut kepercayaan mereka, Sang Hyang Widhi ni tuhan mereja berdasarkan lagenda Roro Anteng dan Joko Seger.

Ketika upacara, suku kaum Tengger  akan mendaki laluan ke Gunung Bromo dan akan membawakan pelbagai ‘barang korban’ seperti sayur, buah, hidupan, bunga dan duit.

 

#5. Festival Bumi Rafflesia – Bengkulu

Kredit Foto : Henry Tijiang

Pada 18 – 22 Julai 2019, bertempat di Bengkulu, akan adanya pesta Festival Bumi Rafflesia. Sesuai dengan namanya, festival ini kebiasaannya akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan mengetengahkan produk-produk yang berasal dari Bengkulu.

Selain itu, aktiviti seperti Festival Kopi, Kuliner dan seni Lukis juga akan diadakan pada festival bumi rafflesia ini yang tujuan utamanya adalah untuk mengankat kawasan Bengkulu sebagai salah satu tarikan pelancong selain dikenali sebagai tanah ‘asal’ Bunga terbesar di dunia tersebut.  


Destination: