China Bakal Ada Taman Negara Beruang Panda!

TERKINI
May 31, 2019 - 02:32 PM


Terkenal dengan haiwan ‘comel’ berwarna hitam dan putih ini, China akhirnya bakal mempunyai sebuah taman negara khas untuk beruang panda, haiwan ikonik negara berkenaan.

Sekiranya kertas kerja diluluskan, taman negara berkenaan akan berkeluasan 10,500 batu persegi, lebih 3 kali ganda daripada taman negara Yellowstone. Segala perancangan dan plan pembangunan akan siap sepenuhnya pada hujung 2019.

Adanya taman negara ini nanti, ianya akan menghubungkan 67 pusat konservasi panda di kawasan selatan Sichuan dan kawasan utara Shaanxi dan Gansu. Dari segi tebaran, 74 peratus kawasan taman negara tersebut akan berada di Sichuan, populasi panda yang ada di sini sekitar 80 peratus.

Dengan tinggal hanya lebih kurang 1864 beruang panda di habitatnya, haiwan ini hakikatnya diancam kepupusan. Terdapat sekitar 30 kumpulan panda yang ada sekitar 6 pergunungan di barat China.

Malangnya, habitat haiwan ini dimusnahkan dan terpisah akibat aktiviti manusia seperti pembalakan, pembinaan jalan selain ancaman semula jadi.

Diharapkan, dengan wujudnya taman negara ini, panda-panda  ini dapat bergerak lebih bebas dan bercampur antara satu sama lain dan seterusnya menambahkan bilangan mereka.

Selain beruang panda, lebih daripada 8,000 hidupan lagi akan mendapat perlindungan dengan adanya taman negara ini dengan harapan dapat menambah semula bilangan mereka selain menjaga kepelbagaian biologi.

Walaubagaimanapun, industri pelancongan sama sekali tidak akan dibenarkan di beberapa kawasan taman negara berkenaan namun ada cadangan supaya pelancong boleh memasuki sebagian atau kawasan-kawasan tertentu dalam kawasan tersebut.


5 tempat menarik 'yang under-rated' di sekitar Asia Tenggara