‘Checklist’ Packing Saat Akhir Sebelum Balik Kampung, Jangan Ada Yang Tertinggal Ye!
GAYA HIDUPKalau tak salah, bermula Jumaat lepas lagi ramai yang dah mula balik ke kampung halaman masing-masing untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang nanti.
Yang tak balik beraya, jangan bersedih… Samalah kita, beraya dekat Kuala Lumpur je. #TeamRayaKL!
Untuk yang nak balik raya harini atau mungkin korang balik dekat dan pilih untuk ‘gerak’ awal pagi besok, korang cuba tengok CHECKLIST yang kitorang sediakan ni…
Mungkin korang boleh consider nak bawak barang-barangan ni balik kampung. Setakat ni, dekat twitter atau FB, ramai jugaklah meroyan kalau tertinggal salah satu…
#1. Extension / Multi-plug
Macam setiap tahun, perkara yang sering jadi rebutan adalah plug. Kebiasaan rumah tradisional ni, agak limited sikit plug point dia kan. Jadi, penyelesaiannya, korang bawaklah extension dari rumah.
Nak lagi senang, bawak plug yang boleh masuk banyak-banyak USB tu. Boleh charge phone berjemaah. Hehe.
#2. Charger
Jarang-jarang berlaku, tapi kalau tertinggal charger, memang sakit. Kena pulak korang punya phone ni pelik sikit ‘kepala’ chargernya.
Macam contoh, kalau korang guna kabel usb biasa, mungkin terselamat lagi. Ni, jenis yang guna kabel Usb-C ke, iPhone ke. Standby lah untuk beli baru ye. Hehe.
Selain kabel pengecas untuk telefon, korang pastikan ada juga untuk kamera dan gajet-gajet lain yang korang bawak balik kampung. Bawak dSLR besar-besar, charger pulak tertinggal! Sudahnya, bergambar guna phone ajelah.
#3. Laptop / Kamera / Portable Wifi
Okay, pada engkorang mungkin ‘poyo’ nak bawak balik kampung semua benda ni, tapi kalau untuk golongan pekerja ‘freelance’ ataupun kerja yang jenis boleh beraya tapi kena ‘standby’, semua ni adalah penting.
Raya pertama mungkin diorang tak bekerja lagi, mula raya kedua keatas, mesti dah kena start reply email dan sebagainya. Kalau liputan internet tak kuat, boleh sasau dibuatnya.
#4. Toto / Bantal / Selimut
Toto, bantal, selimut dan seangkatan dengannya ni korang kena bawak jugak. Macam contoh katalah giliran tahun ni, semua balik beraya, mesti ‘perang’ berebut bantal, selimut atau tilam akan bermula.
Yang tidur ‘lambak’ dah mesti, bangun pagi tengok selimut dekat tempat lain, bantal entah kemana. Hihihi. Kalau guna bantal sendiri, selimut sendiri, dah tentu-tentu orang taknak ‘curi’. Kantoi nanti. Hee~
#5. Ubat ‘pelik’
Kalau korang ada masalah kesihatan dan perlukan ubat yang ‘pelik’ dan spesifik, jangan tertinggal. Pelik dekat sini kitorang maksudkan dengan mungkin hanya boleh didapati di hospital, tak boleh jual sembarangan atau ubat terkawal.
Kena pulak dekat kampung farmasi ada satu, itupun tak banyak ubat-ubatan yang ada. Jadi, kebarangkalian korang nak jumpa ubat korang ni agak susah. Jadi, tolonglah jangan tertinggal ubat-ubat yang penting.
#7. Setereka
Biasanya, pagi raya atau malam sebelumnya itu akan adanya ‘pesta’ menggosok baju. Lepas sorang, sorang akan beratur untuk ambil giliran menggosok.
Kalau nasib tak baik, setereka rumah opah rosak pulak! Dah satu hal, tudung tak bergosok. Tak cantiklah ootd raya nanti…
Jadi, untuk elakkan perkara macam ni berlaku, bawaklah setereka sendiri dari rumah. Setidaknya kalau rosak, korang selamat. Hehe.
#8. Powerbank
Kebiasaan hari raya, kita akan keluar beraya ke rumah kawan, keluarga dan sebagainya. Menjelang rumah ke-4 atau mungkin ke-3, bateri phone dah separuh, atau mungkin ada yang dah habis pun.
Jadi, korang kenalah standby dengan powerbank. Bukan apa, kadang-kadang korang nak gunakan untuk ‘waze’ ataupun berlaku apa-apa kecemasan masa konvoi raya tu, bateri telefon pulak ‘kong’. Dah susah nak mintak tolong.
Cukuplah 8 barangan ni kot. Mungkin pada korang ada banyak lagi, tapi kalau ikutkan aku sendiri, 8 benda ni aku akan sumbat dalam kereta selain daripada baju dan toiletries lah.
Apa-apa pun, pandu cermat, jiwa selamat. Moga selamat sampai ke destinasi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
23 Lebuh Raya Tawar Diskaun 10-33% Pada Raya Pertama
Tak Sempat Ke Bank Tukar Duit Raya? Jangan Risau Guna Mesin ATM Je!