Cuti Panjang Malaysia Selepas Bulan Jun – Pilih Tarikh - Tarikh Ini Untuk Travel!

TERKINI
June 10, 2019 - 10:38 AM


Memasuki bulan Jun, tandanya kita dah masuk separuh tahun kedua – Jun hingga Disember 2019. Walaupun minggu lepas boleh dikatakan majoriti mengambil cuti awal dengar cerita, ada yang sampai seminggu dan ada yang lebih bercuti sempena hari raya tapi, jangan kita lupakan kepada mereka-mereka yang tidak bercuti.

Untuk korang yang tak sempat ataupun tak boleh nak cuti raya, jangan risau. Lepas bulan Jun nanti, ada lagi beberapa ‘siri’ cuti panjang yang korang boleh manfaatkan. Mana tahu, nak pergi bercuti ke, nak pulang ke kampung ke (untuk yang tak berkesempatan baru-baru ni) dan sebagainya.

Berikut merupakan tarikh cuti umum dan korang pepandailah ambil cuti untuk dapatkan cuti yang panjang.

Hari Raya Aidiladha* : 11 Ogos (Ahad)

Hari Merdeka : 31 Ogos (Sabtu)

Awal Muharram : 1 September (Ahad)

Hari Keputraan YDPA : 9 September (Isnin)

Hari Malaysia: 16 September (Isnin)

Deepavali : Oktober 27 (Ahad)

Maulidur Rasul : November 9 (Sabtu)

Hari Keputraan Sultan Selangor : 11 Disember (Rabu)

Hari Krismas : 25 Disember (Rabu)

So, kemana kita cuti nanti? Hehehe =)