Festival Lumpur Bermula di Boryeong Korea Selatan
Festival Lumpur Boryeong tahunan, salah satu acara musim panas yang paling terkenal di Korea Selatan, dimulakan pada hari Jumaat di kukup lumpur di bandar barat sebelah pantai barat Korea Selatan, dengan dua hari pengalaman bermandi lumpur waktu malam disertakan.
Versi kali ke-22 festival selama 10 hari ini, dianjurkan oleh perbandaran Boryeong dan dijadualkan berlangsung sehingga 28 Julai, dijangka untuk menghiburkan peminat pesta dari Korea dan luar negara dengan kira-kira 60 program berbeza dibawakan ke Pantai Daecheon di bandar yang terletak di Wilayah Chungcheong Selatan.
Boryeong terkenal dengan kukup lumpurnya yang luas, terbentuk di sepanjang pantai barat, dengan lumpur berkualiti tingginya yang kaya dengan mineral dan diketahui dapat membantu mencegah penuaan kulit. Sejak tahun 1998, bandar Korea Selatan itu telah mengadakan festival lumpur sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan sumber semula jadi di wilayah berkenaan.
Kerajaan perbandaran mengadakan upacara di Mud Plaza pantai tersebut bagi melancarkan kemudahan untuk pengalaman berkaitan lumpur, yang dihadiri oleh Datuk Bandar Boryeong, Kim Dong-il dan Park Keum-soon, speaker perhimpunan bandar berkenaan, selain mereka yang sedang bercuti di dalam dan luar negara.
Festival tahun ini membawa slogan "Singgah ke Boryeong, Main Lumpur", pengunjung diundang untuk merasai pengalaman luncur lumpur, gusti lumpur, mandi lumpur dan segala-galanya berlumpur di kukup lumpur tersebut, selain membuat kosmetik berasaskan lumpur dan juga menaiki kapal layar.
Pihak penganjur turut merancang untuk membuka zon festival bagi luncur lumpur dan lantunan udara pada sebelah malam hari Khamis dan Jumaat seterusnya, sebagai satu langkah untuk mengatasi haba musim panas dan mengambil kira pelajar, ahli perniagaan atau pihak-pihak lain yang tidak dapat mengunjungi festival tersebut pada waktu siang.
Sepanjang dua hari tersebut, zon-zon akan beroperasi mulai jam 1:30 petang hingga 9 malam. Lapan hari yang berbaki akan dibuka dua kali sehari: 9:30 pagi - 12:30 tengah hari dan 1:30 petang - 6:30 petang.
Sepanjang festival berkenaan, pengunjung digalakkan untuk melakukan persembahan dalam flash mob yang menampilkan lumpur, muzik, tarian dan berenang, manakala zon teduh akan menjadi tempat untuk mereka mengelakkan gelombang haba yang mungkin berlaku.
Program-program lain termasuk perlumbaan halangan dalam lumpur, yang dikenali sebagai Larian Lumpur, yang diperkenalkan buat julung kalinya pada tahun lalu. Di sepanjang jalan-jalan di sekitar pantai tersebut, kawasan di mana kenderaan tidak dibenarkan semasa berlangsungnya festival, terdapatnya zon makanan global yang menawarkan pengunjung dengan pelbagai hidangan masakan.