Kafe Di China Dikecam Netizen Warnakan Anjing Seperti Panda

TERKINI
October 24, 2019 - 11:16 AM


Sebuah kafe di China mencetus perdebatan hangat netizen dan para pencinta haiwan selepas mewarnakan bulu anjing di kafe berkenaan seakan-akan panda untuk meraih lebih banyak pengunjung.

Kafe The Cute Pet Games ini sebenarnya baru dibuka di Chengdu, tempat dimana sangat sinonim dengan haiwan ikonik dari China iaitu Beruang Panda Gergasi dan pemilik kafe telah mewarnakan enam ekor anjing jenis Chow Chow miliknya dengan warna seakan – akan seekor panda. Hitam dan putih.

Menurut sebuah video yang dipaparkan di berita tempatan, pelanggan di kafe berkenaan sedang bermain dengan‘anjing panda’.

Setelah kafenya menjadi tumpuan ramai, pemilik kafe mengakui yang kini mereka turut sediakan perkhidmatan mewarnakan bulu haiwan berkenaan dan ini mencetuskan kemarahan netizen walaupun khidmat mewarna bulu anjing berkenaan mendapat sambutan.

Tambah pemilik kafe, tempoh yang diambil untuk mewarnakan anjing berkenaan memakan masa satu hari dengan bayaran 1,500 yuan (RM881).

Seperti biasa, netizen disana berbelah bahagi. Ada yang menyokong, dan ada yang menentang kerana perbuatan ini ada kesan pada bulu haiwan berkenaan.

 

Nota editor : Macam-macam sekarang ni, kerana nak untung, sanggup aniaya haiwan.

Destination: