Jom Serbu Festival Makanan Pulau Pinang, 23 & 24 Nov Ini!
FOODIEHujung bulan November ini, musim cuti sekolah akan bermula dan bagi anda yang tak tahu nak bawa keluarga atau anak-anak berjalan ke mana, mungkin ini boleh dijadikan idea!
Apa kata anda bawa mereka 'Jalan-Jalan Cari Makan' (JJCM) di Festival Makanan Pulau Pinang (PSFF) yang akan diadakan di Beach Street serta kawasan sekitar Georgetown.
Festival makanan selama 2 hari itu dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 November ini dari pukul 5.00 petang hingga 11 malam.
Pelbagai pilihan makanan popular Pulau Pinang, hidangan 'Peranakan Bites and Desserts’, Makanan Mesra-Muslim, masakan kaum Hainan dan Laksa --- antara yang boleh anda nikmati di festival berkenaan.
Anda bayangkanlah seramai 180 penjaja dari bahagian pulau dan tanah besar akan mengambil bahagian dalam festival tahun ini, berbanding hanya 134 penjaja pada tahun lepas.
Menariknya, festival tahun ini akan lebih meriah kerana ia bakal berlangsung seiring dengan Larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang, yang dijadualkan pada 24 November.
Lebih 200, 000 pengunjung dari dalam dan luar negara dijangka memeriahkan festival makanan tersebut.
Jadi apa lagi, jom bawa keluarga dan anak-anak JJCM ke Pulau Pinang nanti!
Sumber: Bernama & Kredit Foto: PSFF 2019