Taman Tema Indoor Pertama Bali Dibuka Hari Ini
Jika anda ada perancangan ke Bali dalam masa terdekat, apa kata anda singgah ke Trans Studio Bali yang dibuka secara rasmi kepada orang awam hari ini (12 Disember 2019).
Terletak di Jalan Imam Bonjol, Denpasar, Trans Studio Bali merupakan taman tema dalaman (indoor) yang pertama di Bali dan salah satu tarikannya adalah roller coaster yang ‘terkeluar’ dari bumbung bangunan.
Berkongsi bangunan dengan Trans Studio Mall yang juga merupakan salah satu tarikan pusat beli belah terbaru di Bali, Trans Studio Bali mempunyai pelbagai jenis permainan yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Difahamkan, ada permainan “Formula Racer” iaitu perlumbaan go-kart, permainan simulasi “Walking Dead” dan semestinya roller coaster.
Selain permainan – permainan ini, disini juga terdapat banyak tempat yang dikhaskan untuk mengambil foto. Taman tema ini juga dikatakan taman tema yang paling instagrammable.
Tiket untuk Trans Studio Bali adalah IDR600,000 atau bersamaan RM178. Maklumat lanjut boleh rujuk di sini.