Wow, Kereta Kabel Terpanjang Dunia Rupanya Ada Di Vietnam!

December 12, 2019 - 06:59 PM


Korang tahu tak bahawa kereta kabel terpanjang di dunia sebenarnya ada di salah satu negara Asia Tenggara iaitu Vietnam?

Menurut laman sesawang Seasia.co, kereta kabel merentasi laut yang menghubungkan bandar An Thoi dan Pulau Hon Thom itu diiktiraf sebagai kereta kabel paling panjang di dunia.

 

Ia mempunyai 70 buah gondola yang boleh membawa 30 penumpang setiap satu dan juga dikatakan yang paling selamat dan tercanggih di dunia.

Penumpang yang menaikinya boleh menikmati pemandangan 360 darjah pulau tersebut dan juga lautan di sekelilingnya.

Terletak di Teluk Siam di koridor ekonomi marin Vietnam-Kemboja-Thailand, Phu Quoc merupakan pulau terbesar di Vietnam dan mempunyai banyak pantai yang indah.

Selain itu Taman Negara Phu Quoc pula merupakan habitat kepada ratusan spesies tumbuhan, berpuluh-puluh daripadanya telah disenaraikan sebagai spesis yang terancam di Vietnam dan juga dunia.

Taman tersebut juga merupakan sebahagian daripada rizab biosfera Kien Giang yang telah diiktiraf sebagai Rizab Biosfera Dunia oleh UNESCO pada 2006.

Pulau Phu Quoc telah menerima hampir 362,000 orang pelancong asing pada tahun lalu, meningkat 72 peratus berbanding tahun 2016 dan menyasarkan sekurang-kurangnya kedatangan setengah juta pelancong tahun ini.

 

Kepada korang yang minat melancong dan mencabar adrenalin dengan menaiki kereta kabel yang tinggi, mungkin korang boleh cuba ke sini!

Pemandangan Dari Atas Kereta Kabel

Memang cantik sangat pemandangan dari atas kereta kabel tu, tapi kepada yang gayat mungkin ini bukanlah aktiviti yang menyeronokkan bagi korang kan...hehehe...

Pemandangan Dari Atas Kereta Kabel

 

 

Destination: