180 Restoran Halal Buat Atlet Muslim, Pelancong Sempena Olimpik Musim Sejuk

FOODIE
February 04, 2020 - 03:46 PM


Ramai yang sedia maklum bahawa Tokyo, Jepun bakal menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk atau disebut Winter Olympic 2020. Selain banyak kelainan yang cuba dibawa, Tokyo nampaknya mahu menambat hati pengunjung serta pelancong muslim dengan memperkenalkan 180 restoran halal di bandaraya tersebut.

Jika sebelum ini, mereka ada memperkenalkan Masjid Bergerak yang akan ditempatkan di beberapa destinasi yang boleh memuatkan 50 orang jemaah untuk mengerjakan pada satu – satu masa, kali ini mereka mulai sedar tentang permintaan makanan halal sepanjang kejohanan berprestij tersebut.

Menurut majalah rasmi kerajaan Jepun, “We Are Tomodachi”, negara itu sedar tentang perkembangan industri makanan halal sejak 2013 lagi dan pada waktu itu, hanya empat buah syarikat di sana yang dianugerahkan sijil penyediaan makanan halal.

Menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini, 180 restoran di kawasan berkenaan sudah memiliki sijil halal dan ini termasuklah restoran – restoran mewah yang menawarkan sajian tradisi Jepun.

Lihat Senarai Restoran Halal Di Tokyo

Selain sushi dan ramen, antara makanan yang sering dicari atau popular dalam kalangan pelancong muslim terutamanya dari negara timur tengah adalah daging wagyu halal yang memang terkenal kerana kelembutan dan keenakannya.

Dengan adanya perkembangan ini, nampaknya atlet dan penyokong muslim yang akan ke Tokyo sempena sukan tersebut tidak sukar mencari makanan halal.

Sumber : arabnews

 

Destination: