Mural Di Kontena Kapal PICAF Terpilih Sebagai Seni Jalanan Terbaik Dunia!

February 28, 2020 - 12:54 PM


Sebagai acara seni tahunan di Malaysia, Penang International Container Art Festival atau PICAF semestinya memeriahkan lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 yang sebenarnya telah bermula sejak Disember tahun lalu dan dilancarkan minggu lepas. 

Pastinya ‘wow factor’ yang ada bukan hanya terletak pada saiz kontena yang besar tetapi bakat pelukis atau artis yang terlibat yang diketengahkan. Untuk acaara ini, 5 kontena kapal bersaiz besar akan digunakan sebagai ‘kanvas’ oleh pelukis yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan dari negara berbeza untuk menterjemahkan Malaysia dalam hasil seni mereka.

#1. Kampung Terang, Balik Pulau

Dibina ditengah – tengah sawah padi, hasil pemasangan seni di Kampung Terang ini membuatkan suasana dan keadaan sekeliling ‘naik’ dengan pemilihan warna yang digunakan.

Art piece ini dihasilkan oleh seorang artis tempatan iaiti Leonard Siew dan Jagung dari Sarawak.

 

#2. Karpal Singh Drive, Georgetown

Kontena ini merupakan hasil karya artis dari Russia iaitu Julia Volchkova dan merupakan salah satu hasil yang mencuri perhatian dalam PICAF edisi tahun ini.

Disebelah belakang kontena pula, hasil karya Kenji Chai dari Sabah.

 

#3. Prangin Mall, Georgetown

Pelukis dari Ukraine, Sasha Korban memilih untuk melukis beca yang merupakan salah satu tarikan yang berkaitan dengan Pulau Pinang. Ia memilih untuk menunjukkan hasil titik peluh seorang penarik beca demi melangsungkan kehidupan.

Dibahagian belakang pula, ia dilengkapi dengan lukisan wanita berkebaya oleh Bibichun, seorang artis dari Pulau Pinang sendiri.

 

#4. Aspen Vision City, Batu Kawan

Pemasangan ke-4 PICAF 2020 adalah hasil karya Emmanuel Jarus dari Kanada dan ia memaparkan kisah hidup nelayan yang sedang mengait atau membetulkan jala miliknya.

Dibahagian belakang pula, kelihatan sebuah lukisan seorang wanita hasil karya anak tempatan iaitu Caryn Koh.

 

#5. Dataran Muda, Butterworth

Terakhir, karya Judith de Leeuw dari Belanda.

Kalau anda semua nak tahu, PICAF ini dinobatkan sebagai Street Art Terbaik Dunia tau, 80 lukisan mural dari seluruh dunia telah dipilih dan dua daripadanya ialah dari hasil karya di PICAF iaitu mulik Caryn Koh dan Julia Volchkova.

Jika dan pergi, kongsikan lah gambar. Kalau belum, sempat lagi kerana ia akan berlangsung sehingga Mei 2020 dan tiada bayaran yang dikenan.
Boleh tengok lokasi kesemua mural disini :

 

Destination: