Penduduk Wuhan Mula Bergembira Di Taman Tema, Tapi Ramai Bimbang Jadi Gelombang Kedua

TERKINI
May 21, 2020 - 12:48 PM


Ribuan pengunjung beratur untuk masuk ke sebuah taman tema di Wuhan, China selepas ia dibenarkan beroperasi semula susulan pandemik COVID-19.

Taman Tema Happy Valley itu ditutup selama 4 bulan selepas rakyat Wuhan diarahkan untuk menjalani perintah berkurung.

Wabak itu yang meragut lebih 320,000 nyawa di seluruh dunia dipercayai berpunca dari sebuah pasar basah di Wuhan tahun lalu.

Semalam, taman tema yang mula beroperasi sejak 2012 itu menerima kehadiran 3,000 pengunjung walaupun timbul kebimbangan akan berlaku gelombang kedua wabak tersebut.

Taman tema itu dibenarkan beroperasi 20 peratus daripada kapasiti sebenar.

Pengunjung perlu membuat tempahan awal dan suhu badan mereka akan diperiksa sebelum memasuki taman tema itu.

Pihak berkuasa Wuhan berkata 5.5 juta ujian saringan sudah dijalankan terhadap penduduk di wilayah itu.

Hanya 15 kes baru dikesan membabitkan mereka yang tidak menunjukkan sebarang gejala COVID-19.

Sumber: Mstar

Destination: